Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei, terlepas saingan Kejohanan Badminton Dunia 2018 di Nanjing, China dan Sukan Asia Indonesia kerana mengalami gangguan berkaitan pernafasan.
Chong Wei telah terlepas latihan di Akademi Badminton Malaysia, Bukit Kiara hingga ketua jurulatih, Datuk Misbun Sidek, tidak mengetahui status pemain kendaliannya itu akan beraksi dalam Kejohanan Dunia atau sebaliknya.
BAM telah mengesahkan bahawa Chong Wei terlepas sesi latihan kerana tidak sihat ekoran masalah yang berkaitan dengan pernafasan.
Doktor telah memberikan nasihat supaya pemain berusia 36 tahun itu berehat dan menarik diri daripada Kejohanan Dunia dari 30 Julai hingga 5 Ogos ini dan Sukan Asia 2018 dari 18 Ogos hingga 2 September.
Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria, berharap Chong Wei dapat berehat sepenuhnya dan pulih daripada masalah yang dihadapinya.
"Kita harus memberikan ruang kepada Chong Wei untuk berehat selama sebulan daripada sebarang aktiviti melibatkan badminton dan pulih sepenuhnya.
"Selepas itu, kami akan berbincang bersamanya mengenai kejohanan yang bakal disertai Chong Wei pada masa akan datang," katanya.
Norza turut meletakkan harapan kepada pemain-pemain lain untuk mengambil tanggungjawab menggalas cabaran negara dalam saingan di Nanjing dan Indonesia nanti.
"Saya mahu melihat ketiadaan Chong Wei dalam skuad negara akan membakar semangat pemain-pemain lain untuk menampilkan aksi terbaik, sekali gus merebut gelaran juara dunia yang tidak pernah diraih oleh mana-mana pemain Malaysia."