Skip to main content

Advertisement

Badminton

Aaron-Wooi Yik tekad bina momentum menuju Sukan Olimpik

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

aaron-chia-soh-wooi-yik.jpg
Lapan penampilan dalam perlawanan final sejak 2018 tidak mengganggu ketekalan beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, dalam fasa penting menuju ke Sukan Olimpik Paris, Julai depan. 

Aaron-Wooi Yik, bagaimanapun, tidak mahu terbawa-bawa dengan kejayaan berikutan muncul naib juara dalam Kejohanan Seluruh England yang sudah pun melabuhkan tirainya kelmarin.

Tidak perlu mengambil waktu rehat yang panjang, juara Terbuka Denmark 2023 itu bakal terus menjalani latihan selepas berehat cuma sehari.

"Prestasi kami mengalami naik turun sejak Januari lalu dan saya harap kami dapat gunakan kemaraan ke final Seluruh England ini untuk membina momentum dan lebih bersedia untuk Olimpik," kata Aaron di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA),  hari ini. 

Menurut gandingan kelima itu, Wooi Yik: "Kami sudah terbiasa menyertai kejohanan secara berturut-turut dan yang penting, kami fokus balik untuk persediaan menghadapi Sukan Olimpik yang tinggal beberapa bulan lagi. 

"Baki beberapa kejohanan yang akan datang, kami mahu mencari keadaan rentak terbaik. 




"Piala Thomas medan untuk kami fokus kepada corak permainan sendiri." 



 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video