Skip to main content

Badminton

Aaron-Wooi Yik kini di ranking ketiga dunia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

aaron-chia-soh-wooi-yik.jpg
Aaron Chia-Soh Wooi Yik mendaki dua anak tangga untuk menduduki tangga ketiga dunia dalam kemas kini yang dikeluarkan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) sebentar tadi. 

Tatkala Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen kekal sebagai beregu lelaki nombor satu dunia ketika ini, kejayaan meraih gelaran Terbuka Thailand pada hujung minggu lalu pula melonjakkan kedudukan Aaron-Wooi Yik selepas mengumpul 83,170  mata di belakang profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani (91,090 mata).

Dalam masa sama, Pearly Tan-M Thinaah kekal di tangga keempat sambil beregu wanita Korea Selatan Baek Ha Na-Lee So Hee menguasai tangga ketiga. 

Liu Sheng Shu-Tan Ning masih merupakan beregu wanita utama dunia diikuti pencabar dari Jepun, Nami Matsuyama-Chiharu Shida.

 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video