Kegagalan beraksi dalam Sukan Asia tidak mematahkan semangat pemain beregu badminton yang semakin meningkat naik, Aaron Chia, apabila meletakkan sasaran untuk berada dalam kedudukan 15 terbaik dunia bersama pasangannya, Soh Wooi Yik, penghujung tahun ini.
Sebelum ini, Aaron dan Wooi Yik meraih perhatian dalam Kejohanan Dunia apabila mara ke suku akhir selepas menumpaskan beberapa beregu pilihan, termasuk Kim Astrup-Anders Rasmussen dari Denmark.
Namun, prestasi itu belum cukup buat mereka untuk ke Sukan Asia apabila Teo Ee Yi dan Ong Yew Sin tetap menjadi pilihan selain Goh V Shem-Tan Wee Kiong.
Bagaimanapun, Aaron sudah mampu menerima kenyataan itu sambil berikrar akan terus melonjakkan prestasinya dalam beberapa kejohanan yang akan disertai, termasuk Terbuka Korea Selatan, 25-30 September ini.
"Saya memang berharap dapat beraksi dalam Sukan Asia empat tahun lagi. Saya juga akan berjuang untuk aksi dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020.
"Kami memang mahu menaikkan ranking, kalau boleh berada dalam kedudukan 15 terbaik dunia," katanya.
Dalam masa sama, Aaron juga menjelaskan bahawa dia dan Wooi Yik yang kini berada di ranking ke-24 keseluruhan masih mempunyai beberapa kelemahan ketara yang perlu diperbaiki jika mahu terus konsisten mencabar barisan beregu terbaik dunia.
"Ia lebih banyak dengan aspek mental dan strategi. Kini, kami banyak menyertai kejohanan yang lebih besar, jadi perlu mempersiapkan diri untuk berdepan barisan pemain-pemain elit."