Skip to main content

Sepak Takraw

STL: Zuhri yakin Pistons mampu atasi Warriors

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

selangor-pistons.jpg
Tekong utama Selangor Pistons, Zuhri Muhammad Zain, terpaksa bayar harga mahal selepas dilayangkan kad kuning kedua musim ini ketika tewas kepada KL Thunder dalam saingan Liga Sepak Takraw (STL) minggu lalu.

Ini bermakna, tekong tinggi lampai itu terlepas aksi menentang Kelantan Warriors.

Namun Zuhri menaruh kepercayaan terhadap rakan sepelatihnya, Muhammad Haziq Hairul Nizam untuk bertindak sebagai tonggak utama pasukan dalam aksi tersebut.

"Dalam ketiadaan saya, Haziq akan turun beraksi dan saya yakin Selangor mampu melakukan yang terbaik dalam usaha mendapatkan kemenangan," kata Zuhri.

"Kelantan membariskan pemain berpengalaman dan berada dalam skuad kebangsaan, bagaimanapun dengan keyakinan yang dimiliki mendapatkan kemenangan."

Advertisement

Must Watch Video