Seramai 40 peserta terbaik terdiri daripada pelajar berusia 13 hingga 17 tahun melaporkan diri bagi Kem Final Klinik STL di Akademi Sepak Takraw Malaysia, Kampung Baru hari ini.
Latihan intensif selama lima hari sehingga Sabtu ini di bawah kendalian jurulatih berpengalaman, yang juga bekas perejam emas skuad negara, Futra Abdul Ghani, menanti setiap peserta dengan menggunakan modul pembangunan profesional yang disusun khas bagi mencungkil potensi bakat muda.
"Ini merupakan 40 pemain terbaik yang kami dapat sewaktu pemilihan bersama jurulatih kebangsaan," kata Futra kepada Astro Arena.
"Mereka pemain terbaik yang kami pilih daripada keenam-enam klinik terdahulu, di mana kami nampak mereka daripada segi kemahiran, disiplin dan penguasaan gelanggang yang ditunjukkan.
"Musim ini, saya amat gembira dan terkejut dengan komitmen daripada ibu-bapa dan murid yang hadir."
Klinik STL merupakan sebahagian daripada komitmen kelestarian Astro dengan kerjasama Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam memelihara sukan warisan negara berkenaan, di samping memperkukuhkan komuniti melalui pelaburan sosial yang memberi impak jangka masa panjang.