Johor Tigris sekali lagi berdepan kekecewaan apabila Negeri Sembilan Antlers menampilkan aksi cemerlang apabila muncul pemenang dalam aksi Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) di Stadium Titiwangsa, hari ini.
Skuad rusa itu merekodkan kemenangan set pertama 21-16 di set pertama selepas bijak memperdayakan Johor dalam melakukan serangan balas.
Bagaimanapun, pasukan Harimau Selatan itu menunjukkan kebangkitan di set kedua dengan meraih kemenangan 21-18.
Stadium Titiwangsa yang dimeriahkan dengan kehadiran sokongan Ultras Johor, namun ia tidak menjejaskan mutu permainan Negeri Sembilan apabila tenang memenangi set penentuan dengan keputusan 21-16.
Kemenangan tersebut meletakkan Negeri Sembilan di tangga kelima liga dengan mencatat empat kemenangan dan tiga kekalahan dalam saingan musim ini.
Ammar Hakim
Sun Jan 23 2022