Meskipun sudah hampir sebulan kejayaan yang dilakar atlit paralimpik negara di Rio, membawa pulang 3 emas dan 1 gangsa, ia masih lagi hangat diperkatakan oleh rakyat Malaysia.
Salah seorang daripadanya, atlit lontar peluru para negara kategori F20, Muhammad Ziyad Zolkefli mencipta rekod dunia dengan catatan 16.84 meter sekaligus raih emas punyai kisah yang masih tidak diketahui ramai.
Kejayaan Ziyad tidak hadir dengan mudah, selain latihan keras, Ziyad juga meniti liku-liku kehidupan yang sukar sebelum bergelar “Pemegang Rekod Dunia” dan “Pemenang Emas Paralimpik”.
Secara zahir, Ziyad mungkin tampak normal seperti biasa, namun Ziyad sebenarnya hadapi masalah pembelajaran di zaman awalnya. Dia hanya boleh membaca ketika masuk ke darjah 5.
Semasa berada di SMK Danau Kota, masalah itu menghantui dirinya dan dia tidak punyai keyakinan diri untuk berhadapan dengan khalayak. Apatah lagi dia belajar dalam program Inklusif (Pendidikan yang diberikan kepada pelajar berkeperluan khas di dalam kelas biasa bersama pelajar normal), sedikit sebanyak kehadirannya dalam kelas di pandang serong oleh rakan sekelas yang menganggap Ziyad pelik.
Mujurlah guru Penolong Kanan ketika itu, Zulkarnain Umar dan guru Pendidikan Jasmani, Syed Ahmad Syed Mohd mula melihat potensi yang terdapat dalam diri Ziyad.
Zulkarnain dan Syed Ahmad merupakan insan awal yang mencungkil bakat anak muda ini. Sedari Ziyad bukanlah dari keluarga yang senang, mereka tidak lokek untuk keluarkan duit poket sendiri bagi bantu Ziyad dalam bidang sukan.
“ Ziyad, kau datang je sekolah, kalau kau tak minat pun, janji kau datang. Tak masuk kelas pun tak mengapa, janji kau datang dan kau tumpulah kepada acara sukan !”
Itu antara bait-bait nasihat Zulkarnain pernah berikan untuk memotivasikan Ziyad.
Ziyad mula didedahkan dengan pelbagai jenis sukan antaranya futsal, dan acara olahraga dan balapan untuk bantu Ziyad capai potensi diri selain meningkat tahap keyakinannya.
Susuk tubuh Ziyad ketika itu tidak sebesar sekarang, namun dia punyai ketinggian yang sesuai untuk jadi seorang pelari pecut. Ziyad mula berjinak dalam acara 200 meter dan 400 meter ketika mula menceburi dalam sukan balapan.
Penampilan pertamanya adalah ketika mewakili Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dalam Kejohanan Balapan dan Olahraga Pendidikan Khas di Perak pada tahun 2006. Ziyad berjaya raih perak ketika itu dalam acara 400 meter.
Meskipun pulang bawa kejayaan, Ziyad tetap punyai tahap keyakinan yang rendah. Apabila tiba waktu perhimpunan pagi, meskipun nama Ziyad diumumkan untuk di kalung pingat apabila bawa kejayaan kepada sekolah, dia tidak akan tampil ke hadapan kerana malu !
Justeru Zulkarnain dan Syed Ahmad mula merancang kaedah lain untuk menaikkan semangat Ziyad supaya lebih berani berhadapan dengan khalayak ramai. Dan kali ini, Ziyad diarah untuk wakili sekolah bagi sertai Festival Nasyid Wilayah Persekutuan. Ziyad tampil di atas pentas, namun mujurlah bukan sebagai penyanyi, tapi sebagai pemain kompang.
Itu antara cebisan memori liku-liku kehidupan Ziyad sebelum mencapai kejayaan pada hari ini. Untuk kisah yang lebih lanjut jangan lupa untuk menonton dokumentari khas “Kisah Kami Luar Biasa” mengenai perjuangan atlit paralimpik negara pada 8 Oktober ini di Astro Arena 801 Jam 9 malam.