Secara beransur-ansur ia semakin jelas bahawa Zinedine Zidane sedang meniti laluan untuk merintis satu era baru kecemerlangan di Real Madrid sambil jurulatih berbangsa Perancis itu terus menghimpun trofi demi trofi.
Sepuluh hari lalu, Zizou membalas kepercayaan yang disandarkan kepadanya dengan mengemudi Madrid meraih kemenangan 2-0 ke atas untuk mengesahkan kejuaraan La Liga yang pertama sejak 2012 di bawah pengendalian Jose Mourinho.
Zidane kini sudah berupaya menikmati kejayaan domestik selaku kedua-dua pemain dan jurulatih di Estadio Santiago Bernabeu dan turut berkemungkinan menjadi jurulatih pertama sejak Arrigo Sacchi untuk memenangi Liga Juara-Juara dua tahun berturut-turut di Cardiff, Sabtu ini.
Kejayaan pada 21 Mei lalu adalah kejuaraan LaLiga kali ke-33 buat Madrid selain trofi keempat sejak Zidane diberi kepercayaan oleh pengerusi kelab, Florentino Perez, selaku pengurus menggantikan Rafa Benitez.
Musim 2016/17 akan terpahat dalam sejarah kejayaan mereka, dengan trofi juara LaLiga itu sebagai tambahan kepada Piala Super Eropah dan Piala Dunia Kelab – Zidane semakin meraih reputasi kerana telah memenangi semua kejuaraan selaku jurulatih kecuali hanya Copa del Rey.
Los Blancos, bagaimanapun, belum pernah memenangi LaLiga dan Liga Juara-Juara dalam musim yang sama sejak Luis Carniglia menjadi pengurus pada 1958, namun Zidane masih berpeluang mengubah sejarah itu.
Zidane menyifatkan hari dia serta pemain-pemainnya menjulang trofi juara LaLiga sebagai “hari terhebat dalam seluruh karier profesionalnya” – malah lebih baik daripada pencapaiannya selaku salah seorang pemain terhebat di dunia dan ketika memenangi Liga Juara-Juara musim lalu.
Tentunya kejuaraan Eropah itu lebih sukar dimenangi tetapi Zidane ketika itu mewarisi pasukan pada pertengahan musim 2015/16. Musim ini, segala-galanya berkisar kepadanya dengan menetapkan sasaran menjuarai LaLiga – yang didominasi Barcelona sejak 2014 – dan berjaya merealisasikannya.
Hakikat bahawa penentuan juara LaLiga berlanjutan hingga ke hari terakhir musim menyerlahkan saingan sengit yang dihadirkan Barcelona tapi Madrid sentiasa memiliki kelebihan kerana ‘form’ mereka yang lebih baik di tempat lawan.
Lod Blancos menang 15 daripada 19 perlawanan mereka di halaman lawan, dibandingkan dengan Barca yang tewas di Deportivo La Coruna (tangga ke-16), Celta Vigo (13) dan Malaga (11). ‘Form’ Barca ketika berdepan lawan terkuat adalah lebih baik daripada Madrid, namun prestasi kurang konsisten menghadapi lawan lebih lemah menjadi kerugian besar buat mereka.
Tanpa ragu-ragu lagi, Zidane berhak kepada pujian melangit kerana melakukan pemilihan pemain yang tepat dan untuk pasukannya bermain bola sepak menghiburkan.
Dia telah menangani keadaan dengan baik di sebalik kerap dinafikan khidmat Gareth Bale, dia menukar formasi pasukan untuk perlawanan tertentu dan tidak gentar untuk melakukan perubahan.
Malah, Zidane juga menampilkan barisan lebih lemah berdepan pasukan kerdil, terutama di tempat lawan, tapi dalam keadaan sedemikian pun, mereka masih menang di Granada, Leganes, Eibar, Sporting Gijon dan Deportivo.
Skuad pilihan Zidane sentiasa memiliki lebih keseimbangan berbanding Barcelona dan dia memastikan pemain dalam kelompok kedua seperti James Rodriguez kekal bermotivasi untuk memenangi perlawanan apabila diturunkan.
Pada penghujungnya, Zidane menghambur segala pujian kepada pemain-pemainnya sedangkan dia berhak kepada segala pujian berkenaan mengatasi mereka.
Kini, dia di ambang kemasyhuran selaku jurulatih pasukan pertama dalam era Liga Juara-Juara (dulunya Piala Eropah) untuk mengekalkan trofi yang diberi jolokan “telinga besar” itu.
Bukankah dia amat berhak?