Skip to main content

Advertisement

Rencana

Yusri memang 'gentle' la

asiana-64162.jpg
Dipecat untuk dapat pampasan atau letak jawatan tetapi tidak dapat apa-apa, yang mana satu mungkin menjadi kerelaan setiap jurulatih bola sepak di dunia ini?

Pendapat peribadi saya, ramai jurulatih lebih suka situasi dipecat berbanding meletak jawatan kerana mereka akan menerima bayaran ganti rugi yang setimpal.

Sebagai contoh, Jose Mourinho yang dipecat oleh Manchester United dilaporkan dijangka menerima bayaran ganti rugi sebanyak GBP22.5 juta (RM118 juta) memandangkan The Red Devils masih lagi beraksi dalam Liga Juara-Juara Eropah.

Namun, tidak bagi individu yang bernama Yusri Che Lah apabila beliau bertindak profesional dengan melepaskan jawatan sebagai ketua jurulatih Kuala Lumpur berkuat kuasa, pada Isnin, 11 Mac 2019.

Tindakan itu diambil Yusri susulan prestasi buruk skuad The City Boys yang tewas kesemua lima perlawanan awal Liga Super musim ini dan berada di kedudukan tercorot tanpa sebarang mata.

Bekas pemain negara itu menjelaskan tindakannya itu dibuat atas dasar tanggungjawab demi kebaikan pasukan dan tidak dipengaruhi oleh desakan mana-mana pihak, sama ada Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) mahu pun penyokong.

Yusri juga menafikan beberapa perkara yang menyebabkan tindakan drastik itu diambilnya seperti diboikot oleh segelintir pemain import atau kegagalan mendapatkan pemain import pilihannya.

"Sejujurnya saya tidak pernah berasakan pemain membunuh saya. 

"Ia tiada dalam kamus hidup saya kerana saya percaya jika saya jujur dengan manusia, mereka pun akan jujur dengan saya", katanya dalam sidang media ketika mengumumkan peletakan jawatannya itu.

Saya secara peribadi sangat kagum dengan prinsip yang dipegang jurulatih berusia 42 tahun itu selain turut berasa sedih dan bersimpati dengan nasibnya pada ketika beliau berusaha membawa skuad Kuala Lumpur bangkit dalam Liga Super 2019.

Advertisement

Must Watch Video