Memang sudah dijangka pertemuan dua pasukan Liga Super dalam perlawanan akhir Piala FA 2017 di antara Pahang dan Kedah di Satadium Shah Alam, Sabtu ini.
Dengan pengalaman yang dimiliki oleh pemain kedua-dua pasukan ini, ia bukan halangan yang sukar untuk mereka melepasinya dan akan menjadikan perlawanan akhir kali ini lebih menarik untuk disaksikan.
Dengan melepasi tekanan dan pelbagai halangan yang dihadapi, ia memberi kelebihan kepada kedua-dua pasukan ini untuk mencipta kejayaan.
Masih tidak terlewat untuk penulis mengucapkan tahniah kepada kedua-dua pasukan yang layak ke perlawanan akhir.
Apa yang menarik perhatian penulis dalam perlawanan akhir ini bukan sahaja kedua-dua finalis dikendalikan oleh jurulatih tempatan tetapi yang lebih menarik untuk disaksikan bagaimana kedua-dua jurulatih ini merencana dan merancang strategi untuk memerangkap pihak lawan.
Sudah pasti dengan falsafah permainan bola sepak yang berbeza digunakan oleh kedua-dua jurulatih ini akan menjadikan perlawanan akhir penuh dengan kreativiti dan skil individu yang baik daripada pemain.
Seperti pasukan Kedah, mereka akan mengekalkkan falsafah permainan bola sepak dengan hantaran-hantaran pendek, pergerakan tersusun mengikut peringkat untuk melakukan serangan.
Pemain-pemain Lang Merah tidak duduk setempat, sebaliknya bertukar-tukar posisi, menguasai permainan sebaik mungkin dan cuba memenangi bola dengan pantas, terutama di bahagian tengah.
Bagi pasukan Pahang pula, mereka akan mengunakan kelebihan yang ada pada pemain-pemain sayap mereka untuk melakukan serangan balas.
Namun, corak permainan Pahang mungkin mudah dibaca kerana mereka akan bermain secara ‘direct football’, dan hanya sesekali mereka akan bermain secara ‘build up attack’.
Sama-samalah kita tunggu pasukan mana yang hebat dan akan dinobatkan sebagai juara Piala FA 2017, Sabtu ini.