Mungkin pada satu ketika, Tiger wajar saja dilupakan.
Pada bulan Mei 2017, Woods seakan-akan sudah tersembam ke tahap terendahnya.
Dia ditahan di Florida kerana disyaki memandu di bawah pengaruh bahan terlarang dan foto wajahnya yang tidak keruan menjadi paparan media-media utama di seluruh dunia.
Ia didapati kemudian bahawa keadaan tidak bermayanya itu disebabkan pengambilan campuran ubat-ubatan untuk menangani kesakitan yang ditanggungnya daripada kecederaan belakang yang kronik.
Ringkasnya, Woods ketika itu seorang yang berputus asa dan prospek buatnya bersaing di peringkat tertinggi sekali lagi kelihatan teramat tipis – dan semua itu hanya berlaku 16 bulan lalu.
Menjelang penghujung 2017, Woods berasakan sudah sedia untuk kembali ke lapangan sambil mendakwa berasa bebas daripada sebarang kesakitan buat kali pertama sejak sekian lama selepas satu siri pembedahan ‘fusion’ terhadap belakangnya.
Namun, jangkaan terhadapnya kekal rendah.
Dalam pada itu, keadaan menjadi beransur-ansur jelas bahawa kembalinya dia ke dalam saingan selepas itu adalah berbeza – dua kali dia menghampiri kemenangan seawal Mac lalu dan meneruskan penyudahan dalam kelompok 10 teratas sambil permainannya semakin tajam.
Pada bulan Julai, Woods mendahului dalam Kejohanan Terbuka British di Carnoustie dengan berbaki sembilan lubang lagi tapi kesudahannya dipintas rakan pesaingnya, Francesco Molinari.
Malah, persembahan lebih memberangsangkan menyusul daripadanya dalam kejohanan utama terakhir tahun ini, dengan Woods menduduki tempat kedua dalam Kejohanan PGA Amerika Syarikat sambil kejohanan penutup musim – Kejohanan Jelajah di East Lake, Atlanta – menggamit kedatangannya.
Setelah terdahulu dinamakan selaku penolong kapten untuk Piala Ryder minggu ini, Woods sebaliknya layak secara merit sebagai seorang pemain, dengan kebangkitan berterusannya menuntut penyertaan ‘wildcard’ daripada kapten, Jim Furyk.
Barangkali itulah rangsangan yang dicari-cari Woods.
Berlaterbelakangkan rentetan kecederaan belakangnya, keupayaannya untuk layak ke Kejohanan Jelajah dengan menduduki kelompok 30 teratas kedudukan ranking Piala FedEx, dengan sendirinya adalah satu pencapaian membanggakan.
Woods menawarkan lebih daripada itu dengan mengetepikan kelompok pencabar yang terdiri daripada bintang-bintang golf masa kini untuk melengkapkan satu ‘kepulangan’ paling menakjubkan.
Harus ramai yang beranggapan kemenangan bersejarah Woods dalam Terbuka AS 2008 – apabila dia bersaing dengan sebelah kaki yang tercedera – akan terpahat sebagai kemenangan terhebatnya.
Sebaliknya, kejayaan terbarunya Ahad lalu sebagai mengakhiri kemarau gelaran lima tahun, harus lebih terserlah setelah segala kesengsaraan yang dilaluinya.
Seperkara adalah pasti. Kembalinya dia dalam senarai pemenang, Woods kini lebih bersemangat untuk membuktikan ia bukan sekadar satu kebetulan.
Sasaran berikutnya yang paling jelas ialah mengatasi rekod 82 kejuaraan Jelajah PGA milik Sam Snead – dia cuma dua di belakang.
Andai ramai yang bertaruh sebelum ini bahawa Woods tidak akan mampu bergelar pemenang lagi, kini ramai yang meyakini tiada had dan batas terhadap apa yang berupaya digapainya.
Rekod Jack Nicklaus dengan 18 kejuaraan utama – Woods sudah menghimpun 14 – bukan lagi dianggap sesuatu yang mustahil.
Sekali lagi, Tiger dijangka akan terus mengganas semula.