“I am finished, I am flying back home (Saya sudah habis, saya akan mengambil penerbangan pulang,” kata Karl-Heinz Weigang.
Kata-katanya itu kepada sekumpulan penyokong Perak dari trek Stadium Shah Alam usai pasukannya ditundukkan PKNS 3-0 dalam Liga Super pada petang 11 Februari lalu, tidak pun dimengertikan mereka sebagai petanda awal jurulatih dari Jerman itu akan meninggalkan skuad Seladang.
Gerombolan penyokong hadir lagi beramai-ramai untuk menjadi saksi kepada The Bos Gaurus meleburkan rekod tanpa kalah Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam 25 perlawanan liga dengan kemenangan 2-1 di Stadium Perak, Sabtu lalu.
Dengan sesetengah mereka sudah menghidu pergolakan dalam pasukan yang memungkinkan terlerainya ikatan dengan “Atuk Weigang”, mereka bersorak beramai-ramai dalam satu korus: “Weigang… Weigang… andalah yang terhebat!”
Harus belum pun lama redanya sorakan mereka apabila Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) memutuskan untuk melepaskan jurulatih veteran berusia 82 tahun itu “atas persetujuan bersama selepas satu perbincangan panjang lebar dan meneliti pelbagai aspek dan cadangan.”
Andainya dihebahkan lebih awal bahawa itu adalah perlawanan terakhir Perak di bawah tanggungjawab Weigang, harus tidak akan ada cukup sepanduk, kain pemidang dan gegantung bagi merakamkan penghargaan, sanjungan dan terima kasih penyokong kepada “atuk” kesayangan mereka ini.
Sudah jenuh berapa kali Weigang datang ke Perak untuk menyelamatkan pasukan dengan menggantikan jurulatih yang bermasalah, untuk dia akhirnya digantikan kerana penilaian sesetengah pegawai dan pemain yang menakrifkan jurulatih veteran itu pula sebagai pembawa masalah.
Buat kesekian kalinya, sekumpulan pemain senior Perak melancarkan “pemberontakan pemain” dengan menuntut agar ikatan Perak dan Weigang segera dileraikan.
Aduan mereka terhadapnya berbagai-bagai – daripada corak latihan lapuk yang dikatakan hanya mementingkan kecergasan, pendekatan marah-marah terhadap pemain tanpa diplomasi, taktikal yang tidak sesuai dengan keupayaan pasukan hinggalah kepada pemilihan kesebelasan yang acap kali dipertikaikan.
Sama ada disukai atau tidak, pemain-pemain Perak memang ‘pakar’ dalam bidang menghumban keluar jurulatih yang tidak mereka sukai -- mereka telah melakukan ini sebelumnya terhadap Vjeran Simunic pada Januari 2015 dan disusuli Datuk M. Karathu pada Ogos tahun yang sama.
Amarah Weigang terhadap pemain-pemain dan pasukannya, sudah pun berputik seawal 4 Februari lalu lagi dalam kemenangan 3-2 ke atas Melaka United di Ipoh.
“Corak permainan Perak malam ini adalah yang terburuk sepanjang kerjaya saya sebagai seorang jurulatih profesional,” katanya, sambil menambah: “Mujur tiada penonton (gara-gara hukuman Persatuan Bolasepak Malaysia – FAM). Jika tidak, teruk kami dicaci dan dimaki.”
Kemenangan selesa 3-0 Perak ke atas Persatuan Bola Sepak Melayu Selangor (PBMS) dalam perlawanan pusingan kedua Piala FA, 15 Februari lalu, turut gagal memuaskan hati jurulatih itu yang terus marah-marah kerana pasukan banyak mensia-siakan peluang di samping tidak menuruti arahannya.
Kata pemutusnya haruslah pertemuan dengan JDT, Sabtu lalu, apabila pemain dikatakan mempertikaikan kesebelasan pilihan Weigang, hanya untuk ia ditukar oleh pengurusan sebelum sepak mula. Perak menang 2-1 dan Weigang tiada alasan untuk menyanggahnya melainkan untuk ‘angkat bungkus’.
Selama bersama Perak, ‘Atuk Weigang’ dikenali sebagai ‘ahli silap mata’ kerana keupayaannya mengubah sesuatu yang menyalahi hukum akal – antaranya mengekalkan Perak dalam Liga Super musim ini ketika mereka menghampiri zon relegasi pada pertengahan musim lalu.
Cuma, kali ini, pertunjukan silap matanya tidak lagi memikat hati ramai gara-gara kekerapannya melakukan helah yang sama berulang-ulang.
Benar, tidak akan ada rasa cukup terima kasih daripada penyokong Perak terhadap ‘Atuk Weigang’ yang akan terus disanjung dan dirindui.
Tanpa Weigang dapat dipersalahkan selepas ini, tekanan kini berpindah kepada pemain-pemain yang harus tidak hanya pandai menggulingkan jurulatih melainkan mereka terus menghadirkan keputusan terpuji di atas padang.
Kasihan Weigang – jurulatih bermulut lancang tapi berhati emas -- kerana tarikh luput magisnya sudah dilepasi.
Awas Mehmet Durakovic yang tidak harus terlalu mempercayai pemain-pemain yang diwarisinya.
SEKILAS KEHADIRAN WEIGANG BERSAMA PERAK
1990 - Hadir pertama kali untuk membimbing Perak.
1997 - Kembali buat kali kedua dan menghadiahkan Piala Malaysia pada 1998.
1999 - Terbabit dengan kontroversi dan digantung.
2000 - Mengemudi Perak menjuarai Piala Malaysia buat kali kedua dalam tempoh tiga tahun.
2010 - Kembali untuk kali ketiga bersama Perak.
2014 - Kembali kali keempat untuk membantu Abu Bakar Fadzim dan Perak terselamat daripada penyingkiran ke Liga Perdana.
2016 - Kembali kali kelima menggantikan Syamsul Saad dan sekali lagi Perak terselamat daripada tersingkir.
2017 - Dilepaskan Perak atas 'persetujuan bersama' kerana tiada lagi keharmonian dalam pasukan gara-gara pemberontakan pemain buat kesekian kalinya -- anehnya ketika Perak menduduki tangga ketiga dalam Liga Super dengan hanya satu tewas dan satu seri daripada lima perlawanan, satu mata di belakang pendahulu, Kedah.