"Jangan kaitkan jantina dalam kes membabitkan perilaku buruk seseorang"
Itu kata balas seorang kartunis Australia, Mark Knight, selepas menerima banyak kecaman kerana menyiarkan karikatur kontroversi berbaur seksis mengenai bintang tenis terkemuka, Serena Williams.
Padahal, Mark sememangnya terkenal dengan karya berbentuk sindiran dan sebelum ini pernah melukis Nick Kyrgios yang berperangai buruk dalam sebuah kejohanan tetapi tidak pula ditempelak seperti ini.
Saya tidak kenal Mark, tetapi apa yang Mark katakan ada benarnya. Selama ini, banyak sekali perdebatan dilakukan dan untuk memastikan wanita yang terlibat dalam sukan mendapat hak sama rata, isu seksis cuba ditangani di semua peringkat -- termasuklah memastikan tiada diskriminasi atau gangguan fizikal berlaku.
Bagaimanapun, dalam sukan elit -- kita masih boleh melihat perbezaan ketara di antara lelaki dan wanita. Sebagai contoh, pemain tenis lelaki diperlukan beraksi sehingga lima set manakala wanita maksimum tiga set.
Dalam wanita mahukan kesaksamaan, apakah perkara seperti ini kita perlu 'tutup sebelah mata' dengan alasan lelaki lebih kuat berbanding wanita atau perlunya peraturan yang sama kerana seolah-olah memperkecilkan kemampuan wanita beraksi dalam tempoh masa panjang?
Pada final yang berlangsung di Flushing Meadows Sabtu lalu, juara 23 kali Grand Slam itu tidak dapat menerima kekalahan dan gagal mengawal emosi dengan menghancurkan raket, memanggil pengadil ‘pencuri’ dan ‘pembohong’ -- akibatnya, Serena perlu membayar denda sekaligus mencetuskan perdebatan dalam dunia tenis mengenai ‘standard’ atlet lelaki dan wanita. Tetapi, bagaimana jika situasi sama -- di antara 'umpire', Carlos Ramos, dan Serena itu berlaku kepada pemain muda, Naomi Osaka?
Jelas, jantina bukanlah persoalan utama di sini tetapi reputasi yang dipegang seseorang atlet itu kadang kala mampu untuk mempengaruhi tanggapan dan pandangan terhadap isu yang berbangkit.
Bagaimanapun, adalah tidak adil jika isu seksis dijadikan sebagai 'senjata' atau 'perisai' oleh mana-mana atlet wanita atau ketaksuban penyokongnya.
Dikhuatiri ia mampu untuk 'sabotaj' usaha penggiat sukan wanita selama ini. Perjalanan untuk memartabatkan wanita dalam sukan juga sebenarnya masih jauh.
Jadi, wanita itu sendiri jangan seksis.