Skip to main content

Rencana

Wajah baharu Program Podium?

program-podium.jpg

Tiada topik lain yang lebih menarik dari lagu 'Bobo dimana?' selain keberkesanan Program Podium yang sedang hangat diperkatakan.

Hari ini akan berakhirnya 'Post Mortem' yang berlangsung selama dua hari di Bukit Jalil. Apa sahaja kesimpulannya, masa sudah semakin suntuk untuk melihat ada kilauan emas di Sukan Olimpik 2020 buat Malaysia.

Advertisement

Mereka kata pelaburan dalam sukan itu paling berisiko. Penulis setuju kerana ia bukan tentang membina MRT yang boleh dimanfaat dan mengutip pulangan untuk tempoh bertahun-tahun. Atas sebab itu, program yang bernilai RM75 juta ketika penubuhannya pada 2016 itu diset untuk mencapai objektifnya dari semasa ke semasa.

Mujur langkah bijak itu dijadikan penanda aras untuk menilai keberkesanannya. Dapatlah kita mengetahui tahap persaingan kontinjen negara yang amat merisaukan - bukan sahaja gagal tamat dikelompok 10 terbaik di Sukan Komenwel dan Asia tahun ini - lihat bagaimana skuad badminton negara memasuki zaman gelap serta kenapa hanya ada seorang atlet podium (Azizulhasni Awang) dan satu acara di Olimpik Tokyo (pecut) sahaja membuahkan pingat emas dari persembahan di Jakarta.

Sebenarnya, sejak awal lagi perancangan program termahal negara ini menerbitkan beberapa kekeliruan. Ini termasuklah menambah sehingga 148 atlet dalam Program Podium sedangkan yang benar-benar berpotensi memenangi pingat emas hanya beberapa atlet sahaja.

'Tiket' untuk berada di dalam program ini sepatutnya dari awal lagi kekal tertumpu kepada Olimpik Tokyo dan pingat emas - bukan perak atau gangsa, jauh sekali sekadar layak beraksi di pentas Olimpik. Sudah pasti ia menerbitkan persaingan positif dikalangan atlet dan pembaziran wang pun dapat dielakkan bukan?

Must Watch Video