Skip to main content

Rencana

Velodrom Azizulhasni Awang

azizulhasni-140417.jpg
Tersenyum Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin apabila ditanya mengenai cadangan menamakan Velodrom Nasional di Nilai, Negeri Sembilan sempena nama Azizulhasni Awang - juara dunia keirin.

Komuniti berbasikal termasuk pendaki gunung Everest negara, Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin, mohon kerajaan mempertimbangkan semula cadangan itu selepas diutarakan ketika Azizul raih pingat gangsa Sukan Olimpik Rio 2016.

Mereka menganggap Velodrom Azizulhasni Awang sebagai penghargaan setimpal dengan pengorbanan The Pocketrocketman yang terpaksa menunggu hingga 10 tahun untuk bergelar juara dunia.

"Kita akan mempertimbangkan cadangan ini dan berbincang dengan Azizulhasni apabila dia pulang nanti. Tetapi, saya percaya Azizulhasni tidak mahu dirinya diagung-agungkan, malah kerjayanya dalam sukan ini belum selesai.

"Dia menang bergaya dalam pusingan terakhir, tinggalkan pesaing paling dekat dalam beberapa saat. Dalam acara pecut, ini kemenangan besar, umpama Usain Bolt (memenangi acara pecut)," kata Khairy.

Tradisi menamakan gelanggang pertandingan sempena nama atlit bukan baru di Malaysia.

Antara yang popular, Arena Nicol David di Bukit Jalil (skuasy) dan Pusat Akuatik Pandelela Rinong di Kuching (terjun).

Namun, saya setuju dengan pendirian Khairy bahawa penghormatan ini perlu diteliti sebaik mungkin kerana Azizul masih ligat bertanding. Perjalanannya masih jauh, sekurang-kurangnya untuk memburu pingat emas Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Jangan disamakan dengan bekas musuh ketatnya, Sir Chris Hoy, yang namanya diabadikan di Velodrom Sir Chris Hoy, Dalmarnock, Glasgow, Scotland selepas 11 kali muncul juara dunia, enam kali juara Olimpik.

Beliau bersara selepas Olimpik London 2012 dan meninggalkan legasi yang cukup dihormati dalam dunia basikal trek. Itu legenda sebenar!

Saya bukan membantah cadangan ini, cuma minta Khairy-Azizul duduk berbincang dalam suasana damai dan rasional adakah sudah tiba masa untuk Velodrom Nasional dinamakan sempena namanya.

Jika Azizul sedia dan berani dengan cadangan itu, teruskan. Apapun, dia sudah cipta nama sebagai legenda berbasikal Malaysia.

Final keirin Kejohanan Dunia 2017 di Hong Kong, Azizul berjaya menumbangkan pencabar terkuat, 

Fabian Hernando Puerta Zapata dari Colombia begitu juga ranking pertama dunia, Tomas Babek (Republik Czech)

Advertisement

Must Watch Video