Skip to main content

Rencana

United Akhirnya Tumpas

united_1.jpg
Rekod bersih tidak tewas dan tidak bolos skuad bimbingan Jose Mourinho pada tahun 2018  akhirnya lebur juga pada pertemuan menentang Tottenham Hotspurs di Stadium Wembley.

United yang baru pulang dari Kem Latihan di Abu Dhabi gagal mempamerkan aksi terbaik mereka apabila dibolosi seawal 26 saat perlawanan bermula menerusi sentuhan Cristian Eriksen. Lebih menyedihkan, gol kedua Spurs terhasil apabila Phil Jones menolak masuk bola ke gawang sendiri yang sekaligus mematikan harapan skuad The Red Devils untuk bangkit dalam perlawanan ini.

Dayang yang menyaksikan perlawanan secara langsung di Astro Supersport kecewa dengan jentera serangan Man United yang seolah-olah tiada keserasian. Hantaran tidak tepat, tidak sampai dan mudah dipatahkan pertahanan lawan menyaksikan penyerang utama Romero Lukaku gagal menjaringkan gol.

Kehadiran pemain berjersi nombor 7, Alexis Sanchez juga tidak mampu membantu jentera serangan United yang gagal menembusi gawang Spurs yang dikawal Hugo Lloris. Kemasukan Juan Mata menggantikan Paul Pogba juga gagal menterjemahkan persembahan yang mampu menghasilkan jaringan gol.

Tamat sahaja perlawanan, Jose Mourinho menempelak pemain-pemainnya yang gagal memberikan aksi meyakinkan secara keseluruhan. Turut serta memberikan komen terhadap prestasi United adalah bekas pemain Spurs , Danny Murphy yang merasakan Pogba menjadi punca utama kegagalan United untuk beraksi baik dalam perlawanan ini.

The Red Devils bakal bertemu Huddersfield selepas ini dan Dayang pastinya berharap kemenangan berjaya diraih bagi menjarakkan kedudukan dengan Liverpool dan Chelsea yang hanya dipisahkan tiga mata dengan United. Dayang juga berharap Sanchez mampu menjaringkan gol pertama bersama United dalam perlawanan yang bakal berlangsung di Old Trafford.

Must Watch Video