Atlet senior seperti Nicol David, Lee Chong Wei dan S. Kumar masih pada prestasi menakjubkan.
Masing-masing pada usia 33 tahun, 34 tahun dan 37 tahun masih digelar pemain terbaik negara dan digeruni oleh pencabar lain di peringkat antarabangsa.
Ramai peminat sukan yang ingin tahu apa rahsia mereka untuk terus mencintai sukan selepas melibatkan diri lebih dari 25 tahun.
Antara atlet antarabangsa yang masih menggegar dunia sukan ialah Juara 8 kali Tenis Terbuka Wimbledon, Roger Federer yang kini berusia 35 tahun.
Rakan wanita tenisnya, Venus Williams yang menjuarai Grand Slam 7 kali dan mara ke final Terbuka Wimbledon baru-baru ini pada usia 37 tahun.
Pelumba motor GP yang dihormati dalam sukan pemotoran, Valentino Rossi Juara dunia 7 kali dari Itali dan pada usia 38 tahun masih memberi cabaran sengit kepada pelumba muda lain.
Dalam sukan bola sepak, penjaga gol ternama Gianluigi Buffon dari kelab Juventus yang menjuarai Serie A baru-baru ini, pada usia 39 tahun masih menunjukkan ketangkasan dan motivasi tertinggi dalam setiap perlawanan.
Secara peribadi setiap daripada mereka mempunyai elemen atau sebab yang membuatkan mereka masih meneruskan karier pada tahap terbaik walaupun kebanyakan atlet sudah pun bersara pada usia mereka.
Menurut Pegawai Psikologi Sukan Institut Sukan Negara, Dr. Wong Sook Kwan, kumpulan atlet elit senior yang masih pada tahap prestasi cemerlang di peringkat dunia ialah kumpulan luar biasa.
Mereka mempunyai tahap fizikal. mental, emosi, sosial mahupun tahap kewangan yang terkawal.
Dr. Wong yang sudah lama memberi khidmat psikologi kepada atlet elit negara berpendapat atlet senior masih cemerlang kerana tahap pengalaman dan motivasi luar biasa yang tidak dapat dicabar oleh atlet lain.
Asalkan atlet senior ini berlatih secara konsisten dari segi fizikal dan teknikal, mereka masih boleh berada di tahap terbaik.
Pada masa yang sama, ada peminat bertanya dalam nada bergurau, Lee Chong Wei dan Nicol David sudah boleh bersara kerana sudah mengecapi banyak kejayaaan.
Tapi kenapa mereka masih ingin terus bermain?
Dr. Wong juga menyatakan asalkan kumpulan elit senior ini merasai kepuasan
diri, motivasi tinggi, keyakinan, perasaan bangga, kestabilan kewangan, kemashyuran dan paling penting sukan adalah identiti diri, persaraan tidak ada dalam perancangan mereka.
Lebih-lebih lagi, tiada pemain pelapis sebagai pengganti dan mereka masih yang terbaik dalam sukan masing-masing.
Atlet elit senior inilah yang perlu dijadikan inspirasi mahupun ‘kamus’ buat atlet muda untuk terus mencari kejayaan dan melanjutkan karier mereka.
Untuk mengetahui apa rahsia Juara Dunia Skuasy 8 kali, Nicol David dan penjaga gol hoki no. 1 negara, S.Kumar yang masih beraksi pada tahap cemerlang di peringkat antarabangsa, ikuti laporan khas saya untuk Nadi@1 bersama hos Edleen Ismail pada Sabtu ini 1 tengahari di Astro Arena saluran 802HD/801.