Kali terakhir tiga pasukan Inggeris mara ke suku akhir Liga Juara-Juara (UCL) musim 2008-09, Barcelona yang muncul juara.
Kali ini pula, cabaran daripada Liga Perdana Inggeris (EPL) diperhebatkan sehingga empat pasukan, dengan Liverpool melengkapkan senarai itu semalam dan seperti kelompok lapan terbaik satu dekad yang lalu, Barcelona masih menunggu untuk menamatkan penantiannya sejak 2015.
Mungkinkah skuad Catalan itu akan merosakkan parti besar yang dihajati sama ada Manchester City, Liverpool, Manchester United atau Tottenham Hotspur sekali lagi?

Tidak, kata satu tilikan sebuah agensi peramal antarabangsa yang melonjakkan dua pasukan Inggeris sebagai antara pilihan hangat kali ini.
Dalam undian pusingan suku akhir di Nyon, Switzerland hari ini, Barcelona dipadankan dengan Manchester United, Tottenham akan berdepan Manchester City, Liverpool bersingsing lengan dengan Porto manakala Ajax diundi menghadapi Juventus.
Kali terakhir sebuah pasukan Inggeris bergelar juara UCL ialah apabila Chelsea yang dikendali pengurus sementara, Roberto Di Matteo, mengalahkan Bayern Munich menerusi penentuan penalti 4-3 selepas permainan terikat 1-1 di Arena Allianz, Munich, dalam final 2012 dengan Didier Drogba muncul wira.
Kecuali Manchester United yang memerlukan kebangkitan dramatik, pasukan Inggeris selebihnya terserlah dominan di peringkat suku akhir kali ini – City menyingkirkan Schalke dengan kelebihan agregat 10-2, Tottenham berjurang 4-0 dengan Borussia Dortmund manakala Liverpool meraih haknya dengan kemenangan 3-1 ke atas Bayern Munich awal pagi semalam.

Kekalahan Bayern bermakna empat daripada tujuh pasukan yang sebelumnya diramalkan memiliki kelebihan muncul juara sudahpun tersingkir.
“Dua pasukan Inggeris memiliki kebarangkalian terbaik untuk muncul juara 2019,” umum Soccer Power Index (SPI) sejurus selesai pusingan 16 UCL, semalam.
“Manchester City mempunyai 28 peratus kebarangkalian untuk tampil juara manakala kemenangan Liverpool di Munich telah melonjakkan kebarangkalian buatnya daripada 11 kepada 22 peratus sekarang,” kata SPI – sebuah agensi penarafan bola sepak antarabangsa yang didasarkan kepada pangkalan data ESPN , Engsoccerdata GitHub dan Opta sejak 2010.
Bayangkan jika undian malam ini menemukan City-Liverpool dalam suku akhir sekali lagi!

Kemaraan jauh pasukan-pasukan Inggeris musim ini, kata SPI, secara tidak langsung mengisyaratkan pusat kuasa bola sepak Eropah ketika ini mungkin sedang beralih ke ‘negara tanah tumpah darah’ bola sepak itu.
Bayern Munich adalah pasukan “bangsawan” kedua UCL yang ditunjukkan pintu keluar lebih awal sebagai menyusuli juara tiga musim berturut-turut, Real Madrid, yang diaibkan barisan muda Ajax Amsterdam minggu lalu.
Tapi, seperti data yang dianalisis agensi penarafan itu, satu perkara kekal tidak berubah – bahawa Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi masih kekal sebagai “kuasa semulajadi” untuk mencetuskan perbezaan dalam saingan tertinggi kelab-kelab Eropah ini.
Awal pagi semalam, Messi sekali lagi memperagakan kepakarannya di Camp Nou dengan dua gol dan dua bantuan jaringan dalam kemenangan 5-1 Barcelona untuk mengejutkan Olympique Lyonnais daripada mimpi indah mereka.
“Kemenangan itu meningkatkan kebarangkalian Barcelona daripada 16 kepada 20 peratus untuk bergelar juara,” kata SPI.
Di Turin sehari sebelumnya, Cristiano Ronaldo melakukan apa yang ditagih Juventus daripada perpindahan meganya – menjaringkan gol-gol penting pada malam-malam besar saingan UCL.
Kekalahan 0-2 kepada Atletico di Madrid, 20 hari terdahulu, bermakna Juventus perlu menjaringkan tiga gol dan sekadar diberi kebarangkalian 12 peratus untuk kesudahannya muncul juara.
Ronaldo melakukan sekadar secukupnya dengan hatrik yang mengirim Juve ke suku akhir. Dengan Ronaldo sudah melunaskan sebahagian perjuangan, kini tinggal sebahagian lagi untuk merealisasikan impian trofi ‘Si Telinga Besar’ itu diarak di Turin pula.
Untuk mana-mana pasukan Inggeris – baik City, Liverpool, United atau Spurs – membawa pulang trofi itu ke England, mereka haruslah lebih dahulu melepasi Ronaldo atau Messi, yang kedua-duanya kini di kemuncak prestasi.
“City memiliki kebarangkalian terbesar untuk menjulangnya,” kata SPI lagi.
Tapi, namanya pun ramalan, kan kan kan?