Tottenham Hotspur tampak rancak dengan kemenangan berturut-turut dalam enam perlawanan terakhir mereka termasuk menundukkan Chelsea dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) dan yang terkini kemenangan tipis ke atas Inter Milan dalam peringkat kumpulan Liga Juara-juara Eropah (UCL).
Christian Eriksen yang masuk dari bangku simpanan menghadiahkan gol tunggal perlawanan bagi menghidupkan peluang Spurs mara ke peringkat kalah mati saingan UCL. Spurs akan terbang ke Barcelona untuk perlawanan terakhir peringkat kumpulan dan perlu mengekalkan kedudukan mereka di dua tangga teratas untuk mara ke pusingan 16 terbaik.
Namun, di Barcelona nanti Spurs tidak mempunyai pilihan melainkan catatan kemenangan dan mengutip mata penuh untuk meninggalkan dua lagi pasukan, Inter Milan dan PSV, dalam kedudukan kumpulan B. Ditambah ketika ini, Inter berkongsi tujuh mata dengan Spurs dan pada tarikh yang sama 12 Disember, mereka akan bertemu PSV juga bagi perlawanan terakhir kumpulan.
Pengendali Spurs, Mauricio Pochettino, tidak menyangkal kehebatan Barcelona sebagai antara pasukan terhebat di Eropah dan mempunyai pemain bintang dunia. Bagaimanapun, Pochettino tetap yakin akan kebolehan anak buahnya dalam misi mengutip tiga mata di laman Barca nanti.
Namun, apa yang membimbangkan, daripada lapan jaringan yang terhasil untuk UCL musim ini, tujuh gol dihasilkan dalam separuh masa kedua. Ini akan menjadi senjata utama Barca untuk menggunakan peluang sebanyak mungkin sejak awal permainan. Sesuatu perlu direncanakan Pochettino bagi merealisasikan impian menundukkan Barca di laman mereka.
Apatah lagi, mereka perlu rehat yang cukup selepas mengharungi perlawanan menentang Leicester City bagi saingan Liga Perdana Inggeris dan hanya tiga hari menjelang pertemuan dengan Barcelona.
Musim lalu, Spurs mara ke pusingan kalah mati namun tewas di tangan Juventus.