Persaraan mengejut juara dunia saingan Formula Satu (F1) 2016, Nico Rosberg, memberi satu cabaran buat Mercedes AMG Petronas untuk mencari pengganti yang mampu menghadirkan cabaran kepada seorang lagi pelumbanya, Lewis Hamilton.
Persoalan akhirnya terjawab apabila pasukan yang berpangkalan di Brackley itu memutuskan untuk mengambil khidmat Valtteri Bottas yang sebelum ini mewakili pasukan Williams.
Beberapa nama dikaitkan dengan Mercedes sebelum ini, antaranya Sebastian Vettel namun dia masih mempunyai kontrak bersama Ferrari.
Nyata tugasan sukar bakal dipikul oleh Bottas yang memulakan karier F1 bersama Williams enam tahun yang lalu.
Apa tidaknya, Mercedes bakal memulakan musim 2017 selaku juara tiga kali berturut-turut kategori pengeluar di samping pasti ingin pertahan mahkota kejuaraan pelumba dengan Hamilton sekali lagi jadi sandaran utama.
Sementara itu, pencapaian terbaik yang pernah diraih oleh Bottas adalah menduduki tempat kedua di GP Great Britain serta GP Jerman pada 2014 di samping sembilan kedudukan podium secara keseluruhan dalam karier.
Begitupun, pelumba berusia 27 tahun ini pastinya ingin membuktikan dia mampu bersaing bersama pasukan yang berada di tahap lebih tinggi kerana mempunyai batasan untuk serlahkan keupayaan bersama Williams.
Lantas, lima perlumbaan awal pada musim ini bakal menjadi penentu terhadap perjalanan karier Bottas sama ada dia taruhan sebenar buat Mercedes untuk menghadirkan cabaran kepada Hamilton yang memburu kejuaraan dunia peribadi kelima.
Adakah Bottas pengganti sesuai buat Rosberg? Sama-sama kita nantikan apa yang mampu dilakukan oleh pelumba kelahiran Finland ini.