Kelibat jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak, mencuri tumpuan di awal persaingan selepas pasukannya tampil menyerlah dengan memimpin carta Liga Super pada ketika mereka tidak dicanang sebagai pencabar utama kejuaraan musim ini.
Sememangnya pada ketika itu, hanya Pahang dikatakan mampu menggugat kedudukan Johor Darul Ta'zim (JDT) selaku juara lima kali berturut-turut bagi merebut gelaran musim ini berdasarkan barisan pemain masing-masing.
Namun, Aidil tampak berjaya menghadirkan satu pandangan bahawa kehadiran Kedah juga perlu diberi perhatian sekaligus menyakinkan penyokong Hijau Kuning dengan prestasi yang ditunjukkan skuad Lang Merah.
Jurulatih dari Singapura itu berupaya untuk membuatkan Kedah kembali tersenyum di persada Liga Super pada Sabtu lalu tetapi apakan daya, pasukannya terpaksa berkongsi mata dengan PKNS FC selepas kedua-dua pasukan terikat 0-0 di Stadium Darulaman.
Dalam pertemuan itu, Kedah hanya memerlukan kemenangan dengan kelebihan satu gol bagi memintas kembali pasukan pendahulu, JDT yang mengalahkan Selangor 4-2 di Stadium Shah Alam, Jumaat lalu.
Keputusan seri itu menyaksikan mereka jatuh ke tangga ketiga di belakang Pahang yang membenam PKNP FC 3-0 di Manjung dengan skuad Tok Gajah mempunyai kelebihan jaringan ke atas Kedah.
Kini, tugas sukar menanti Aidil untuk perlawanan berikutnya apabila beliau kehilangan tonggak pertahanan, Renan Alves, yang dilayangkan kad merah sekali gus berdepan hukuman digantung tiga perlawanan.
Pertahanan dari Brazil itu bukan sahaja tidak dapat diturunkan menentang Pahang, malah beliau mungkin terlepas aksi bertemu JDT dan Kuala Lumpur dan ketiadaannya bakal dirasai skuad Kedah memandangkan dia merupakan 'kereta kebal' pasukan itu.
Mahu atau tidak, Aidil perlu membentuk gandingan baru di benteng pertahanan yang mungkin membabitkan Shakir Hamzah dan Khairul Helmi Johari, namun timbul persoalan adakah gandingan itu mampu berdepan keampuhan jentera serangan Pahang mahupun JDT.
Aidil pasti 'pening kepala' memikirkan percaturan pasukannya untuk mengadapi dua ujian getir itu nanti sekaligus beliau berdepan ranjau berliku untuk memastikan pasukannya kembali ke landasan tepat untuk dilabel sebagai pencabar utama kejuaraan.