Sejak era pasca pandemik Covid19 khususnya, kita dapat lihat bagaimana rakyat Malaysia lebih cenderung dalam melakukan aktiviti gaya hidup sihat.
Ia sekaligus mendorong kebangkitan pelbagai jenis sukan yang lebih kompetitif. Aktiviti seperti berlari, kini dapat dilihat menjadi rutin kecergasan yang serius. Sebagai pengguna aplikasi Instagram yang aktif, saya dapat saksikan bagaimana perubahan positif ini menjadi trend di platform media sosial.
Aplikasi seperti Strava menjadi platform pilihan untuk para pelari berkongsi pencapaian, laluan larian, serta kemajuan mereka secara terbuka. Fenomena ini turut mencipta budaya ‘flex’ yang positif, di mana setiap kilometer yang dilalui menjadi simbol komitmen terhadap kesihatan dan ketahanan diri. Penggunaan aplikasi ini menjadikan larian lebih mudah dengan pengawalan pace.
Perkembangan ini turut memperlihatkan peningkatan penyertaan dalam acara-acara larian besar seperti maraton, Redline dan Hyrox. Tidak lagi terhad kepada pelari profesional, acara seperti ini kini menjadi pilihan individu biasa untuk menguji tahap fizikal dan mental mereka. Semangat mencabar diri dan mengejar ‘personal best’ menjadi pendorong utama, menjadikan larian sebagai sukan komuniti yang inklusif dan berkembang pesat.
Secara keseluruhan, kebangkitan budaya larian ini mencerminkan perubahan positif dalam gaya hidup rakyat Malaysia. Ia bukan sahaja meningkatkan kesedaran tentang kepentingan kesihatan fizikal, malah turut memperkukuh aspek mental dan sosial. Larian kini bukan sekadar sukan, tetapi satu identiti baharu bagi ramai individu yang mahu lebih sihat, lebih kuat, dan lebih berdaya saing dalam kehidupan seharian.