Diam, diam dan terus mendiamkan diri... itulah reaksi Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, yang masih membisu seribu bahasa tentang segala apa yang dilontarkan Penaung Diraja Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Situasi ini buatkan ramai tertanya-tanya, adakah sesuatu sedang membelenggu pemikiran Tengku Abdullah atau baginda belum bersedia menyediakan peluru menangkis segala serangan Tunku Mahkota Johor (TMJ).
Jika baginda terus bersikap sebegini, ia dibimbangi akan menimbulkan keraguan lebih tinggi di kalangan peminat bahawa apa jua perkara dalam `pendrive' itu sememangnya benar.
Walaupun sudah beberapa hari pihak media cuba dapatkan pandangan baginda dalam isu ini namun kenyataan ringkasnya yang sekadar berkata `tanya yang simpan pendrive' dilihat sekadar tidak ubah malas memberi komen.
Semua sedia maklum ketenangan yang dimiliki oleh Tengku Abdullah semenjak dari dulu yang sentiasa tidak cepat melatah terhadap sebarang isu dikenakan terhadap FAM.
Atas sikap `cool' dan kematangan Tengku Abdullah ini, maka tidak hairanlah baginda dipilih selaku Presiden FAM bagi penggal 2014-2018 serta ramai harapkan pengaruhnya mampu menaikkan badan induk bola sepak negara itu ke mata dunia.
Namun, dalam soal ini dilihat cukup berbeza kerana ia libatkan maruah dan nilai integriti FAM, maka baginda selaku pemimpin nombor satu perlu bingkas pertahankan air muka pegawai-pegawainya.
Apabila seseorang seperti TMJ yang diakui cukup lantang memberikan pendapat, penulis berpandangan Tengku Abdullah memilih jalan yang kurang tepat untuk mendiamkan diri.
Hanya baginda mengetahui segala kebenaran sebenar terhadap apa yang berlaku dalam FAM, sama ada wujud ketirisan dan penyalahgunaan kuasa dalam kalangan exco dan pegawai FAM.
Baginda sebelum ini difahamkan sudah banyak kali menyuarakan hasrat untuk meletakkan jawatan atas alasan berikan komitmen penuh selaku Exco Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa(FIFA) namun ditolak oleh Exco-Exco.
Mungkin selepas melihat `bahasa badan' Tengku Abdullah yang makin tidak berselera bercakap soal bola sepak negara, mungkinkah sesuatu perlu segera difikirkan oleh Exco-Exco FAM.
Wajarkah lagi untuk terus memaksa Tengku Abdullah yang seolah-olah telah hilang dalam lanskap bola sepak negara semenjak merajuk kekalahan 10-0 pasukan negara di tangan Emiriah Arab Bersatu (UAE)?
Buat Tengku Abdullah, tolonglah cakap sesuatu....