Gambarannya tampak semakin jelas mengenai siapa yang akan menjadi presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang baru.
Ini selepas calon pilihan, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, mendapat perkenan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, untuk merebut posisi panas itu biarpun tarikh akhir pengesahan hanya akan tamat Isnin depan.
Situasi ini barangkali sudah dijangka tetapi mungkin juga tidak.
Ia berdasarkan beberapa reaksi Tunku Ismail sebelum ini dan juga apabila Tan Sri Aseh Che Mat dinamakan calon presiden badan induk itu yang jelas kurang digemari oleh sesetengah ahli gabungan.
Tetapi, sebenarnya, kemungkinan Tunku Ismail untuk menjadi presiden FAM sudah diketahui awal lagi dan bukannya selepas baginda mendapat perkenan Sultan Ibrahim.
Teori penulis adalah berdasarkan klip video jersi JDT bagi musim 2017 yang berdurasi 3 minit 55 saat.
Disiarkan untuk tontonan umum menerusi laman sosial Johor Southern Tigers pada 12 Januari lalu, klip video itu memberi beberapa petanda mengenai kemungkinan Tunku Ismail akan menjadi presiden FAM.
Petanda paling jelas -- yang pasti ramai tidak perasan -- adalah nombor plat kereta mewah yang dinaiki oleh lima individu dalam klip video berkenaan.
"FA.2017M" jika dilihat secara jelas adalah FAM 2017. Ia tampak digunakan sebagai simbolik kemungkinan ada perubahan dalam FAM pada tahun ini memandangkan pemilihan kongres badan induk itu akan berlangsung bulan depan.
Konsep dan jalan cerita klip video ini juga disampaikan secara simbolik terhadap kemungkinan apa yang akan berlaku kepada pihak-pihak tertentu. Jika berdasarkan situasi terkini, nampak gayanya betul apa yang akan berlaku.
Apa sekali pun penceritaan klip video itu, rata-rata pemerhati bola sepak negara berpendapat Tunku Ismail adalah calon terbaik untuk menerajui kepemimpinan FAM.
Ia kerana baginda mempunyai visi dan misi yang jelas dalam usaha membangunkan bola sepak negara apabila berjaya menjadikan Johor Darul Ta'zim (JDT) sebagai salah satu kuasa besar dalam bola sepak di rantau Asia Tenggara.