Sabah layak digelar gergasi baharu remaja hoki negara selepas kejayaan menjuarai pingat emas lelaki dan tempat kedua kategori wanita pada Sukan Malaysia (Sukma) 2018 di Ipoh, Perak baru-baru ini.
Ia menunjukkan peningkatan ketara sejak Sabah mempunyai Sekolah Sukan Malaysia Sabah (SSMS) dengan membawa pemain-pemain muda berpotensi bersekolah di bawah satu bumbung.
Saya difahamkan, agak sukar untuk mengumpulkan pemain-pemain berkualiti sebelum kewujudan sekolan sukan di Sabah kerana faktor negeri itu yang besar serta melibatkan kewangan yang tinggi.
Sudah pasti kejayaan Sabah turut dibantu dengan beberapa pemain berpengalaman yang pernah menyarung jersi pasukan remaja kebangsaan seperti Abdul Khaliq Hamirin yang bakal berkelana ke Liga Itali bersama Pistoia HC di bawah bantuan Universiti Kuala Lumpur.
Selain Khaliq, Sabah juga diperkuatkan dengan beberapa lagi pemain seperti penjaga gol, Adrian Andy Albert dan Shello Silverius, yang akan bersama skuad remaja negara menghadapi Piala Hoki Sultan Johor dari 6 hingga 13 Oktober ini di Stadium Hoki Taman Daya, Johor Bahru.
Kesimpulannya, rata-rata pemain Sabah dalam Sukma 2018 datang dari ‘projek’ Sekolah Sukan Malaysia Sabah sehingga berjaya menewaskan pasukan pilihan, Pahang, dengan kemenangan 4-2 menerusi penentuan penalti selepas kedua-dua pasukan seri 1-1.
Skuad hoki wanita Sabah juga tidak kurang hebatnya walaupun tewas 0-1 kepada Selangor pada aksi final tetapi pingat perak sudah cukup bermakna kerana ia merupakan sejarah baharu buat Negeri Di Bawah Bayu itu.
Saya tertarik untuk mengambil contoh negeri Pahang iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Temerloh yang merupakan Sekolah Sukan Pahang.
Pasukan ini sering mempunyai kelebihan tersendiri disebabkan hampir sebahagian besar pemain mereka dapat berlatih bersama-sama.
Tidak seperti pasukan-pasukan yang kebanyakannya perlu mengharapkan serpihan pemain dari Sekolah Sukan Bukit Jalil atau Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail untuk pulang bermain bersama negeri masing-masing.
Pemain-pemain dari SMK Seberang Temerloh yang juga adalah Akademi Hoki Pahang yang merupakan ilham daripada Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah, dan dibantu oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Ia membuktikan mereka juga berada dalam kelas tersendiri, terutama dalam kejohanan-kejohanan peringkat umur bawah 21 tahun dengan sentiasa berada dalam kelompok empat terbaik dan beberapa kali juga berjaya ke final bawah 16 tahun.
Mungkin Sarawak juga boleh meniru contoh Sabah kerana negeri yang besar sepatutnya mempunyai sekolah sukan, sekali gus dapat mengumpul pemain-pemain berpotensi berlatih di bawah satu bumbung.