Murung rakan sekerja saya apabila ditanya punca jumlah penonton Harimau Malaya cuma 4,000 orang ketika tewas, 0-1 kepada Singapura pada Piala Airmarine.
Soal harga tiket mahal atau sentimen kejohanan bertaraf rendah?
Faktanya, bola sepak sukan nombor satu di Malaysia yang memiliki jumlah pengikut yang ramai.
Jika Harimau Malaya boleh menerima nasib seperti ini bagaimana pula dengan sukan lain yang kurang dapat promosi media arus perdana?
Saya bercakap mengenai Kejohanan Tinju WBC Silver Asia membabitkan peninju Sukma Johor dan peninju profesional, Adli Hafidz Mohd Fauzi di Kompleks Sukan Daiman, Skudai, Johor, Sabtu ini.
Promosi kurang tetapi tiket tempat duduk utama sudah habis terjual. Apa yang tinggal cuma tiket tempat duduk terbuka berharga RM20.
"Perkembangan ini membakar semangat saya untuk raih kemenangan keenam. Saya buat persiapan rapi menurunkan berat badan 10kg dalam tempoh dua bulan di Singapura.
"Ini kali pertama saya akan rebut tali pinggang kejuaraan sekaligus langkah yang penting dalam arena profesional," kata Adli.
Adli akan menentang peninju Indonesia, Bambang Rusiadi yang memegang rekod 9-5-0.
Saya fikir Adli selaku pemenang pingat perak Sukan Sea 2017 miliki peluang lebih baik untuk menang memandangkan dia memegang rekod 5-0-0 (2 KO).
"Saya juga mendapatkan tunjuk ajar jurulatih legenda Johor (Zulkifli Yaakob) yang juga membimbing Farkhan (Haron). Keadaan berjalan lancar dan saya harap dapat raih kemenangan menerusi KO," katanya.
Tugas kini untuk Adli dan enam peninju Sukma Johor. Penonton sudah melaksanakan sebahagian daripada tugas mereka dan berharap, persembahan Sabtu ini berbaloi dengan harga yang mereka bayar.
Tinju masih mendaki tangga popular di Malaysia.
Tetapi jika Adli, Farkhan dan beberapa peninju profesional mengekalkan rentak konsisten dengan hook tangan kanan disusuli uppercut ke dagu lawan untuk kemenangan KO - mungkin kita bakal menyaksikan sukan ini mengatasi jualan tiket bola sepak beberapa tahun lagi.