Belum pun suku perjalanan Liga Malaysia berjalan, pengurusan Kelantan telah membuat kejutan dengan memecat ketua jurulatih mereka, Sathit Bensoh, berdasarkan prestasi pasukan Kelantan yang kurang memberansangkan.
Setelah mengharungi tiga perlawanan Liga Super dan hanya mampu mengutip satu mata sahaja, Kelantan kini menduduki tangga tercorot dalam Liga Super. Dengan kedudukan itu sudah pasti akan membimbangkan pengurusan KAFA kerana mereka tidak mahu kedudukan Kelantan akan berlaku seperti tahun lalu, nyaris-nyaris terjerumus ke Liga Perdana.
Ini satu keputusan yang tepat dan berani dibuat oleh pengurusan KAFA dengan memecat Sathit memandangkan tidak ada petanda yang positif dilakukan oleh beliau semenjak mengambil alih pasukan Kelantan.
Namun, ini juga menjadi satu pengajaran kepada pengurusan KAFA supaya lebih berhati-hati dan bijak dalam pemilihan ketua jurulatih.
Bukan satu tugas yang mudah untuk menilai dan mencari jurulatih kerana pengurusan KAFA perlu mengkaji latar belakang seseorang jurulatih terlebih dahulu selain memerlukan orang yang punyai pengalaman dalam aspek teknikal pemilihan jurulatih.
Sebagaimana yang kita ketahui, kalau kelab-kelab di negara luar, mereka mempunyai satu jabatan yang terdiri daripada orang-orang yang berkemahiran dan pengetahuan dalam bola sepak yang akan melihat dan menilai kemampuan seseorang calon jurulatih itu sebelum dipilih.
Kini tugas jurulatih Kelantan diambil seketika oleh Yusri Che Lah, jawatan itu pernah disandang Sathit sendiri. Dengan pengalaman yang ada ketika membimbing pasukan Felcra FC dan sebagai bekas pemain negara, sudah pasti jurulatih muda ini mampu untuk memainkan peranannya dalam mengembalikan keyakinan pemain-pemain serta pengurusan untuk melihat Kelantan berada di landasan yang tepat.
Kepada pemain-pemain pula, berilah sokongan dan kekalkan semangat berpasukan terutama memberi kerjasama kepada Yusri Che Lah.
Kepada pemain-pemian berpengalaman seperti Khairul Fahmi Che Mat dan Badhri Radzi, mereka perlu bijak mengawal keharmonian pasukan Kelantan ketika ini supaya pasukan ini tidak terus menjunam prestasinya.
Sebaliknya, mereka perlu meningkatkan motivasi rakan sepasukan untuk terus berjuang mengangkat kembali martabat Kelantan.
Kepada Yusri Che Lah, penulis ingin mengucapkan selamat maju jaya dalam membimbing pasukan Kelantan.
Kredit imej: Felcra F.C - Football Club