Cabaran pasukan hoki negara ke Liga Hoki Dunia Kedua di Dhaka, Bangladesh, sedikit terencat apabila tiga tonggak utama negara mungkin tidak dapat bersama.
Kejohanan itu akan berlangsung daripada 4 hingga 12 Mac 2017 ini.
Seperti semua maklum pasukan negara awalnya dijadualkan menyertai Liga Hoki Dunia di Trinidad Tobago dari 25 Mac hingga 2 April 2017. Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) membuat keputusan untuk ke Dhaka setelah Kanada menarik diri dengan alasan keselamatan dan tawaran daripada Persekutuan Hoki Dunia untuk menggantikan Kanada.
Tiga pemain tonggak yang berkemungkinan tidak dapat bersama adalah Faiz Helmi Jali, Firhan Ashaari dan S. Kumar. Faiz akan melangsungkan perkahwinan pada 4 Mac manakala Firhan pula pada 11 Mac 2017. S. Kumar pula isteri beliau dijangka melahirkan cahaya mata mereka pada 18 Mac.
Perancangan masih berjalan di sebalik melihat bagaimana untuk ketiga tiga pemain ini dapat bersama pasukan. Mungkin Faiz Helmi Jali dan S. Kumar masih lagi ada harapan tetapi tipis bagi Firhan Ashaari.
Sememangnya mereka ini akan berada dalam kesebelasan utama negara nanti tetapi jika ditakdirkan mereka tidak dapat bersama, saya melihat pasukan negara mempunyai pemain lain yang mampu menggalas cabaran negara.
Kembalinya Razie Rahim dan Nabil Fiqri di kepangkuan pasukan negara selepas kali terakhir mewakili negara dalam Kejohanan Piala Juara Juara Asia di Kuantan, tahun lepas, pasti memperkuatkan pasukan negara.
Hafizuddin Othman yang sebelum ini sentiasa di belakang S. Kumar sudah sampai waktunya beliau melangkah masuk dan menggalas tugas sebagai panjaga gol utama.
Pasukan negara tidak ketandusan penyerang dengan ketiadaan Firhan. Pemain-pemain seperti Shahril Saabah, Haziq Samsol, Faizal Saari, Rashid Baharom, Nik Aiman, Ramadan Rosli serta sekembalinya penyerang berpengalaman Tengku Ahmad Tajuddin sudah cukup pasti mampu merobek pertahanan lawan di Dhaka nanti.
Perancangan mempunyai dua pasukan iaitu pasukan utama dan pasukan pembangunan sememangnya amat membantu menangani situasi sebegini.
Kedua-dua pasukan telah diberi pendedahan secukupnya terutama pada tahun lepas dengan menyertai Liga Hoki Australia serta kebayakkan pemain pembangunan pula menyertai Piala Suktan Johor dan Piala Dunia Remaja di India.
Pendedahan sebegini akan membina satu asas. Pemain berkualiti diperlukan untuk dipilih mewakili negara terutama jika ada kecederaan melanda pemain tonggak atau perkara yang tidak dapat dielakkan seperti apa yang berlaku dalam persiapan ke Dhaka ini.
Di Dhaka nanti, pasukan negara akan diletakkan dalam Kumpulan A bersama Bangladesh, Oman dan Fiji. Kumpulan B terdiri daripada China, Mesir, Sri Lanka serta Ghana.
Mereka akan memulakan latihan penuh selepas Liga Hoki Malaysia berakhir pada 26 Mac ini.
Dua pasukan teratas akan melayakkan diri ke Liga Hoki Dunia Tiga yang akan diadakan di London dan Johannesburg pada buka Jun dan Julai ini.
Harapan saya sekurang kurangnya Faiz Helmi dan S. Kumar akan ke Dhaka tetapi andai kata ketiga-tiga mereka tidak dapat ke sana, saya masih berkeyakinan pasukan negara cukuo hebat untuk layak ke pusingan seterusnya.