Skip to main content

Rencana

Tidak semudah disangka

misbun_4.jpg
Jika dilihat kepada undian kumpulan Kejohanan Berpasukan Badminton Asia 2018, pasukan lelaki Malaysia dilihat berada pada zon selamat untuk menempah tiket lebih awal ke saingan Piala Thomas yang dijangka berlangsung pada Mei nanti.

Skuad lelaki negara berjaya mengelak untuk diundi bersama pasukan hebat seperti China, Korea Selatan dan juga Indonesia apabila berada di Kumpulan C bersama Taiwan, Thailand dan Myanmar.

Ini sekaligus memberikan gambaran bahawa kita sepatutnya tidak berdepan masalah untuk layak ke saingan Piala Thomas lebih awal biarpun ada sesetengah pihak melabelkan Taiwan dan Thailand adalah pasukan yang liat untuk ditewaskan.

Namun, jika dinilai melalui prestasi semasa, kenyataan itu ada benarnya dan Malaysia sebenarnya perlu berjaga-jaga agar kesilapan tidak berlaku.

Ini kerana, sasaran Malaysia adalah sekurang-kurangnya mara ke peringkat separuh akhir bagi layak ke saingan Piala Thomas secara merit. Jika gagal, kita terpaksa menunggu keputusan pasukan lain selain kedudukan ranking dunia untuk layak dan ini bukanlah suatu situasi yang wajar kita pertimbangkan memandangkan sukan badminton bukanlah asing buat Malaysia.

Saya merasakan pasukan lelaki Malaysia kini terlalu bersandarkan pemain perseorangan , Datuk Lee Chong Wei dan juga beregu Goh V Shem – Tan Wee Kiong yang boleh mengundang bahaya untuk aksi berpasukan.

Pasukan badminton Malaysia amat memerlukan kejayaan di peringkat antarabangsa bagi mengembalikan moral sepasukan selepas mengalami kejatuhan prestasi yang teruk pada 2017 dan Kejohanan Berpasukan Badminton Asia 2018 merupakan detik terbaik sebelum bermulanya Piala Thomas.

Must Watch Video