DARI awal pembabitan sebagai wartawan, penulis suka memberi nasihat kepada atlet dan subjek yang ditemu bual.
Maklumlah, kita tentu mahu melihat seorang atlet atau pemain memenuhi potensi lalu melonjakkan nama negara sebagai kemuncaknya.
Untuk yang beragama Islam, penulis akan berpesan ibarat abang kepada adik, jangan tinggal solat.
Bagi yang bukan beragama Islam, penulis mengingatkan agar jangan tenggelam dalam kejayaan serta tidak boleh lupa asal-usul, nilai-nilai sejagat yang tidak mengenal sempadan waktu.
Nasihat boleh disampaikan sama ada secara bersemuka secara luar rakaman (off-the-record) atau dalam bentuk tulisan dan analisis, iaitu teguran yang dibuat untuk tontonan umum.
Wartawan yang objektif biasanya boleh membuat laporan perlawanan, prestasi, profil dan sudut berita yang bersifat positif dan kritis mengenai atlet, pasukan, jurulatih dan pegawai bergantung kepada keadaan.
Inilah amalan generasi dari zaman Norman Siebel, Mansoor Rahman, Fauzi Omar (Datuk), Hishamuddin Aun (Datuk), Lazarus Rokk, Johnson Fernandez hinggalah ke Haresh Deol dalam mengamalkan etika kewartawanan.
Seorang wartawan juga selalu diingatkan agar tidak melampau dalam memuji atau mengeji.
Penulis terkenang detik membuat liputan skuad Piala Dunia Belia FIFA 1997 yang dikendalikan oleh Hatem Souissi.
“Rizal, saya harap anda tidak menulis artikel yang memuji secara melampau. Bukan apa, nanti saya terpaksa berdepan dengan perubahan sikap pemain selepas mereka baca.
“Ego mereka membesar ibarat sebesar kompleks membeli-belah. Sebelum dan selepas artikel anda akan dapati ada perbezaan sikap,” katanya.
“Ok, Hatem, saya faham,” saya sambut gesaannya.
Jika akhbar arus perdana melaporkan kegiatan sepasukan, akhbar tabloid seperti The Malay Mail, Harian Metro dan Kosmo tiada pilihan selain menawarkan sudut berita berlainan, khususnya profil atlet dengan latar belakang keluarga, hobi dan alam persekolahan.
Sebab itu mengurus bakat dan kejayaan adalah antara cabaran terbesar untuk seorang atlet berprestasi tinggi hari ini.
Nama pemegang rekod kebangsaan acara pecut 100m lelaki, Khairul Hafiz Jantan, sedang harum, sebagaimana Hafiz Hashim selepas bergelar juara Seluruh England pada 2003, mahupun Nazmizan Muhamad sesudah mengutip emas berganda di Sukan SEA di Hanoi tahun yang sama, atau jaguh Moto 3 negara, Khairul Idham Pawi, yang dijulang selepas menjuarai kategori itu di litar Jerman.
Khairul akan dipelawa untuk pelbagai majlis rasmi atau media, sama ada untuk meraikan kehebatannya atau sekadar menjadi platform untuk penganjur memasarkan acara mereka.
Penulis sudah melihat ramai atlet yang hanyut dibawa arus glamour tanpa memenuhi potensi mereka gara-gara kegagalan mengurus kerjaya dan kejayaan.
Akhirnya standard sukan negara kekal di paras yang sama.
Jadi tidak salah jika Khairul Hafiz dan rakan-rakan generasinya yang mendapat liputan media meluas pada hari ini untuk berkata tidak kepada banyak perkara, seperti melayan permintaan bergambar di kolam renang tanpa baju atau bermain cinta dengan artis.
Cuba tanya kepada Datuk Lee Chong Wei, Datuk Nicol Ann David dan Azizulhasni Awang kaedah terbaik mengurus kerjaya mereka. Sambil mengimbangi tuntutan media dan masyarakat, mereka mengekalkan prestasi di gelanggang.
Gambar: Laman web rasmi Sukma Sarawak 2016