Skip to main content

Rencana

Tiba Masa Untuk Rombakan

datuk-seri-norza.jpg
Prestasi tidak memuaskan yang dipamerkan oleh atlet-atlet badminton negara yang beraksi pada Kejohanan Piala Sudirman 2017 di Gold Coast baru-baru ini ternyata mengundang rasa tidak puas hati banyak pihak.

Pertamanya sudah tentu individu penting dalam BAM, Datuk Seri Norza Zakaria yang dikhabarkan tidak berpuas hati dan mengkritik corak permainan kontinjen negara ketika tumbang kepada Jepun di kejohanan berkelas dunia baru-baru ini.

Turut sependapat adalah Pengarah Teknikal BAM, Morten Frost yang dilaporkan akhbar tempatan sudah mempunyai perancangan tentang penstrukturan semula barisan kejurulatihan negara. Namun Frost menegaskan sebarang perubahan perlu dibincangkan terbih dahulu di dalam BAM. Apa yang boleh dikatakan, masih tidak dapat dipastikan sama ada rombakan yang dilakukan hanya berskala kecil atau secara besar-besaran

Sasaran Malaysia untuk layak ke separuh akhir Piala Sudirman 2017 gagal dicapai apabila aksi di suku akhir memperlihatkan persembahan tidak bertenaga atlet negara selain kegagalan beregu wanita, Vivian Hoo- Woon Khe Wei yang mudah tersungkur kepada beregu Jepun. Ianya sekaligus mencetuskan kebimbangan di kalangan pemiant sukan badminton tanah air mengenai kualiti pemain sedia ada dan juga pemain pelapis.

Dengan prestasi terumbang-ambing yang dipamerkan atlet perseorangan dan beregu, BAM pasti pening dalam memilih senarai pemain yang akan beraksi untuk Sukan Sea 2017 dan juga senarai pemain yang akan beraksi di kejohanan dunia.
 

Advertisement

Must Watch Video