Jose Mourinho sebelum ini bertegas bahawa laporan apa jua krisisnya dengan Paul Pogba adalah pembohongan. Kini jelas siapa yang sebenarnya berbohong.
Terbaru, dilaporkan pemain tengah itu yang pernah memegang tanda harga pemain termahal dunia, sudah bersedia untuk angkat kaki dari Old Trafford jika Mourinho kekal pengurus United sambil hubungan kedua-duanya dikatakan sudah mencapai tahap “tiada jalan damai” lagi.
Akhbar The Sun dalam laporan eksklusif terbarunya mendedahkan Mino Raiola -- ejen super bagi pemain antarabangsa Perancis itu – sedang berunding dengan Real Madrid untuk membuka laluan kepada perpindahannya selepas Piala Dunia pada musim panas nanti.
Pada masa yang sama juga, kelab terdahulunya, Juventus, juga masih memegang klausa pembelian balik pemain itu yang bernilai £53 juta (RM290 juta) berbanding tanda harga £89 juta (RM487 juta) ketika Pogba dijual kepada United, 18 bulan lalu.
The Sun memetik satu sumber rapat United sebagai berkata: “Keadaan sudah semakin meruncing di antara Pogba dan Mourinho.
“Paul telah menjelaskan bahawa dia tidak mahu kekal di United jika Mourinho masih berada di sana.”
Keadaan sudah boleh dirumuskan bahawa Pogba yang akan perlu angkat kaki kerana Mourinho baru saja menandatangani lanjutan kontraknya sebagai pengurus bulan lalu, yang akan mengekalkannya di Old Trafford sehingga 2020 melainkan dia dipecat.
Dalam pada itu, pengurus berbangsa Portugis itu masih berada di bawah tekanan ketika The Red Devils berjuang untuk kekal dalam kelompok empat teratas setelah ditinggalkan terlalu jauh oleh Manchester City selaku pendahulu.
Sengketa Mourinho dan Pogba sebenarnya sudah pun berlarutan buat beberapa ketika berkaitan posisi terbaik pemain itu dalam pasukan – di antara tuntutan Jose yang mahukan dia memikul peranan bertahan dan kemahuan Paul untuk lebih kepada penekanan membantu serangan.
Pogba, yang bagaimanapun diturunkan dalam kesebelasan utama ketika mengalahkan Chelsea 2-1 di Old Trafford malam tadi, lebih gemarkan posisi di sebelah kiri barisan tengah dalam formasi 4-3-3, sebaliknya lebih kerap ditampilkan dalam peranan lebih bertahan bersama Nemanja Matic.
Gara-gara pertelingkahan yang tercetus, pemain berusia 24 tahun itu disisihkan daripada kesebelasan utama United dalam kemenangan 2-0 ke atas Huddersfield, 3 Februari lalu.
The Sun turut mendedahkan bahawa Mourinho memberitahu Pogba, “Saya adalah bos”, ketika bertegang leher dengannya di padang latihan, Jumaat lalu, ketika bersiap untuk berdepan Chelsea.
Dikhabarkan juga United sudah pun menimbangkan pilihan lain di barisan tengah, tambahan dengan jangkaan persaraan Michael Carrick pada akhir musim ini sambil masa depan Marouane Fellaini masih tidak menentu.
Pemain tengah antarabangsa Ivory Coast dari kelab Ligue 1, Nice, Jean Michael Seri, 26, adalah antara sasaran bernilai £35 juta (RM191 juta) mereka.
Tulisannya harus semakin jelas di dinding bahawa Pogba tidak lagi dialu-alukan selagi Mourinho masih berkuasa.