Thiago Alcantara akhirnya tiba di Anfield selepas satu musim panas yang sarat spekulasi.
Yuran perpindahan setinggi €30 juta (RM 146 juta) yang dibayar bukan sahaja bakal menambah seorang lagi pemain tengah berkelas dunia buat The Reds, malah ia juga mampu menyelesaikan beberapa masalah yang mungkin dihadapi kelab tersebut.
Antara kunci kejayaan Liverpool musim lalu adalah keutuhan jentera tengah mereka dalam mengawal permainan, mematahkan serangan musuh dan menyediakan ruangan buat tiga tonggak berbisa, Sadio Mane, Mohamed Salah dan Roberto Firmino untuk membolosi jaring lawan.
Kaliber kapten pasukan, Jordan Henderson, digabungkan dengan kekerasan dan usaha tanpa henti Fabinho dan Gini Wijnaldum, seringkali mendatangkan masalah buat mana-mana seteru Liverpool, tidak kira dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) mahupun di pentas Eropah.
Jika persembahan menakjubkan ini ingin diteruskan lagi musim ini, jentera tengah pasukan haruslah dipastikan kekal stabil.
.jpg)
Spekulasi sejak berminggu-minggu lalu mengatakan bahawa masa depan Gini Wijnaldum bersama Liverpool nampaknya tidak panjang, dengan Barcelona antara kelab terkemuka yang berminat mendapatkan khidmat pemain berusia 29 tahun itu.
Biarpun Jurgen Klopp berulang kali mengatakan yang Wijnaldum masih tetap kekal dalam rancangan jangka panjangnya, segalanya mampu berubah dalam sekelip mata di dalam dunia bola sepak zaman moden ini.
Kehadiran Thiago adalah satu penyelesaian awal buat masalah ini. Kedua-dua pemain ini diakui penuh versatil dan pastinya mampu menggantikan posisi satu sama lain sekiranya ada kecederaan atau masalah kecergasan yang melanda.
Menyebut masalah kecergasan, perhatian lanjut sewajarnya diberikan kepada dua lagi pemain tengah Liverpool, James Milner dan Alex Oxlade-Chamberlain.
'Kuda tua' Milner kini berusia 34 tahun dan kontraknya bakal tamat pada 2022. Bagi Oxlade-Chamberlain pula, biarpun berada pada usia kemuncak dalam kerjaya profesionalnya, dia seringkali dibelenggu kecederaan yang membataskan kemunculannya bersama The Reds.
Ketibaan Thiago turut memberikan pilihan tambahan buat Klopp dalam memperkuatkan lagi barisan pertahanan Liverpool. Setelah kehilangan Dejan Lovren musim ini, Klopp mempunyai pilihan untuk menggandingkan Virgil Van Dijk bersama Fabinho yang terkenal dengan kekerasan gaya permainannya.
Biarpun Fabinho adalah pemain tengah bertahan semulajadi, dia pernah menunjukkan persembahan baik sewaktu menentang Bayern Munich pada 2018 dan pastinya tidak bermasalah jika perlu menggalas peranan di bahagian pertahanan manakala versatili Thiago mampu mengisi ruang kosong yang ditinggalkannya.
.jpg)
Cabaran utama buat Thiago adalah untuk menyesuaikan diri dengan rentak pasukan dan beradaptasi dengan gaya permainan Liverpool yang mementingkan daya usaha sepanjang 90 minit tanpa henti.
Ini seharusnya tidak menjadi masalah buat dirinya kerana bekas kelabnya, Bayern Munich, sememangnya menjadikan gaya permainan sebegini sebagai resipi kejayaan. Namun, apa yang merisaukan adalah Thiago seringkali dibelenggu kecederaan.
Menurut laman sesawang Transfermarkt, Thiago pernah tercedera sebanyak hampir 25 kali dan terlepas lebih daripada 100 perlawanan sepanjang kerjayanya! Sepanjang satu musim yang memerlukan pemain beraksi sekitar 40 hingga 60 perlawanan, mampukah Thiago bertahan?
Jika dilihat daripada segi peranan, Thiago adalah pemain yang menyerlah daripada segi kreativiti dan bertugas untuk mengemudi serangan dari bahagian tengah sewaktu bersama Bayern.
Namun, sistem permainan Klopp lebih menjurus kepada larian daripada pemain pertahanan kiri dan kanan untuk memulakan serangan, tugasan yang digalas dengan cemerlang oleh Andy Robertson dan Trent Alexander-Arnold selama ini.
Adakah Thiago bakal cemerlang ataupun tenggelam dalam sistem ini?
Apa-apa pun, tidak dapat dinafikan yang pembelian Thiago bakal menyuntik semangat baru buat Liverpool dalam mempertahankan kejuaraan mereka musim ini dan aksinya sememangnya dinanti-nantikan peminat The Reds.
Kita tunggu sama ada pemain berdarah campuran ini bakal menjadi satu kejayaan ataupun kegagalan yang tinggi harganya.