Saat yang dinanti-nantikan oleh peminat-peminat bola sepak Liga Perdana Inggeris di seluruh dunia sudah pun tiba, apabila saingan Liga Perdana Inggeris musim 2020/2021 akan bermula pada hari ini.
20 pasukan akan bersaing dalam merebut kejuaraan musim ini. Apakah Liverpool mampu mempertahankan kejuaraannya atau pasukan lain yang akan merampasnya?
Ini yang sedang hangat diperkatakan oleh semua peminat-peminat Liga Perdana Inggeris memandangkan setiap pasukan telah membuat persiapan yang begitu rapi.
Lihat sahaja sebagaimana pasukan-pasukan utama seperti Chelsea dan Arsenal yang sibuk membawa pemain-pemain baru ke dalam pasukan mereka.
Ini mula melihatkan kerancakkan saingan musim ini walaupun masih dalam keadaan yang suram dimana penyokong-penyokong setiap pasukan masih lagi tidak dibenarkan hadir ke stadium untuk memberi sokongan kepada pasukan-pasukan kesayangan mereka kerana disebabkan pandemik COVID-19.
Apa yang menarik perhatian penulis pada musim ini bagaimana dalam masa yang singkat pra musimnya pasukan-pasukan ini telah berjaya melengkapkan jual beli pemain-pemain mengikut kehendak pasukan mereka. Seperti Chelsea dengan kehadiran pemain pertahanan Brazil, Thiago Silva dan Kai Havertz perancang utama dari Jerman.
Bagi Arsenal pula Mikel Arteta telah berjaya membawa pemain sayap Chelsea iaitu Willian kedalam pasukannya untuk menambah kekuatan Arsenal pada musim ini untuk bersaing merebut kejuaraan Liga Perdana Inggeris.
Inilah yang perlu dipelajari oleh pengurusan kelab-kelab bola sepak di negara kita. Bagaimana dalam masa yang singkat kelab-kelab besar ini mampu menjalankan kerja mereka dengan begitu kemas melalui perancangan yang dibuat.
Inilah buktinya sekiranya semua pengurusan memainkan peranan dan mempunyai komunikasi yang baik dalam pengurusan pentabiran mereka sudah pasti setiap kerja itu berjalan dengan lancar.
Itulah etika kerja yang professional sering dipamirkan baik di pihak pengurusan petadbiran dan pengurusan pasukan dari pasukan-pasukan ternama itu. Dengan sistem pentadbiran yang baik itu juga akan mempengaruhi mental pemain-pemain untuk beraksi lebih cemerlang. Jangan jadikan kerancakkan Liga Perdana Inggeris ini hanya sebagai satu hiburan tetapi ambillah ilmu bagaimana kelab-kelab itu melaksanakan tanggungjawab yang diberikan.
Itulah yang penulis harapkan daripada pengurus tadbir pasukan-pasukan Liga Malaysia. Sama-samalah kita pelajari dan ambil iktibar dari apa yang telah kelab-kelab terbaik Liga Perdana Inggeris itu tunjukkan, ambillah ia sebagai ilmu demi kemajuan industri bola sepak Malaysia.