Skip to main content

Rencana

Terlalu awal tekan butang panik?

160517andik.jpg
Liga Malaysia (Liga M) baru berusia tiga perlawanan, namun sudah ada pasukan yang menekan butang panik. 
 

Pada era bola sepak moden ini, keputusan segera begitu sinonim, lebih-lebih lagi jika membabitkan pasukan yang mengeluarkan belanja yang tinggi. 
 
Penganjur Liga M, Ushasama Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP), menetapkan esok sebagai hari terakhir untuk melengkapkan pendaftaran pasukan. 
 
Oleh yang demikian, kelab masih bebas membuat sebarang perubahan pemain. 
 
Beberapa pasukan awal-awal lagi dilaporkan sanggup mengeluarkan peruntukan tambahan untuk penambahbaikan. Kesempatan yang ada dimanfaatkan demi perubahan drastik dan antaranya, khidmat pemain import. 
 
Kedah, misalnya, membawa masuk pemain import kuota ASEAN, Andik Vermansyah, selepas gagal mencatat sebarang kemenangan. 
 
Malah, ada beberapa pasukan yang bertindak menggantikan pemain import sedia ada biarpun baru sahaja menandatanganinya beberapa bulan lalu. 
 
Kecederaan menjadi alasan utama pengguguran tonggak import seperti yang dilakukan Sabah terhadap Igor Cerina untuk digantikan dengan bekas pertahanan kebangsaan Zambia, Francis Kasonde.
 
Terengganu juga berbuat demikian gara-gara kecederaan yang menghimpit Kim Hyun Woo semasa kempen pra-musim di Kemboja lalu untuk kelibatnya digantikan rakan senegara dari Korea Selatan, Park Seung Il.
 
Difahamkan, ada beberapa pasukan yang sedia mengambil risiko besar membatalkan nama pemain import sedia ada akibat masalah prestasi bagi memberi laluan kepada sandaran baru menjelang tarikh tutup jendela pertama perpindahan Liga M 2018, esok -- berkemungkinan khabar angin ini akan terbukti pada malam ini. 
 
 

Advertisement

Must Watch Video