Bagaimana sekalipun pengakhiran musim 2016-17 buat Manchester United, mereka perlu mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyerang veteran, Zlatan Ibrahimovic.
Ternyata, usia bukan masalah buat bekas penyerang kebangsaan Sweden itu untuk menempah nama dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) -- selepas kontraknya bersama Paris Saint-Germain (PSG) berakhir pada musim lalu.
Hadir bagaikan ribut taufan, bekas pemain Ajax, AC Milan, Inter Milan, Juventus dan Barcelona itu membuktikan dirinya tidak beromong-kosong, sebaliknya mampu menyesuaikan diri untuk beraksi di mana-mana sahaja.
Ibrahimovic telah mencetak 28 gol dalam semua pertandingan musim ini, termasuk jaringan kemenangan ke atas Southampton dalam aksi final Piala EFL pada Februari -- gol yang dihasilkannya terbukti menjadi amat penting buat skuad bimbingan Jose Mourinho.
Bagaimanapun, segala-galanyanya bagaikan sudah berakhir buat Ibrahimovic apabila kecederaan ligamen lutut yang dialaminya ketika aksi suku akhir kedua Liga Europa berdepan Anderlecht memaksa dirinya untuk berehat selama 12 bulan.
'An injured Zlatan is a pretty serious thing for any team' -- Zlatan Ibrahimovic
Kali terakhir Ibrahimovic berehat panjang adalah pada September 2014 ketika bersama PSG kerana mengalami kecederaan buku lali dan terlepas sembilan perlawanan.
Hanya Juan Mata berjaya menghasilkan lebih daripada 10 gol musim ini dan pemain tengah kelahiran Sepanyol itu juga sedang mengharungi proses pemulihan kerana mengalami masalah hamstring.
Walaupun menghadapi saat paling sukar di dalam kariernya, Ibrahimovic telah berjanji untuk kembali beraksi dan menegaskan 'berputus asa bukan pilihannya'.
Kelab dijangka akan memberikan bantuan sepenuhnya kepada Ibrahimovic bagi mengharungi proses pemulihannya.
Menjelang penghujung musim, United bakal menempuhi aksi berdepan Manchester City, Celta Vigo (separuh akhir Liga Europa), Arsenal dan Tottenham tanpa penyerang utama mereka.
Sama ada United berjaya melayakkan diri ke Liga Juara-Juara (UCL) musim hadapan ataupun tidak, penghargaan perlu diberikan kepada Ibrahimovic kerana kehadirannya di dalam pasukan menghidupkan semangat baru untuk pasukan kembali berjuang di pentas tertinggi.