Skip to main content

Rencana

Terengganu pencabar kejuaraan Liga Super

terengganu-vs-selangor-100218.jpg
Kemenangan 3-2  ke atas pasukan Negeri Sembilan tempoh hari di tempat lawan memberi gambaran kepada penulis bahawa pasukan Terengganu di bawah kendalian Irfan Bakti Abu Salim perlu diberikan perhatian oleh semua pasukan dalam saingan Liga Super tahun ini. 

Dengan dua kemenangan dan dua seri daripada empat perlawanan menunjukan Terengganu ini bakal menjadi pencabar utama untuk merebut kejuaraan Liga Super 2018.

Dengan persembahan yang konsisten dan semangat berpasukan yang tinggi, itu membuktikan anak buah Irfan tidak akan menoleh ke belakang untuk terus memberi tentangan kepada lawan-lawan mereka yang sudah mempunyai pengalaman dalam saingan Liga Super. 

Sebagaimana yang semua ketahui, Terengganu merupakan naib juara Liga Perdana 2017 pada saat-saat akhir selepas dipintas Kuala Lumpur untuk menentukan pasukan manakah yang akan muncul juara 2017.

Namun, tahun ini sungguh berbeza dengan persiapan yang begitu rapi, apatah lagi dengan penstrukturan pasukan yang lebih  baik dengan kemasukan pemain import berkualiti dan kembalinya pemain-pemain tempatan berpengalaman ke pangkuan Terengganu pada musim ini sudah cukup mengambarkan pasukan di bawah kendalian Irfan ini lebih bersedia.

Lihat sahaja, baharu empat perlawanan keserasian, persefahaman, semangat berpasukan dan keharmonian yang ditonjolkan pemain tempatan dan import sudah mencerminkan bahawa mereka bersedia untuk menghadapi apa ahaja rintangan dan cabaran dalam setiap perlawanan. 

Dengan ketajaman bahagian serangan yang keteuai oleh ketua pasukan, Kipre Tchetche, yang menunjukan gandingan yang mantap bersama Ashari Shamsuddin, Terengganu menghasilkan sembilan gol daripada empat perlawanan.

Tetapi, jangan lupa kekuatan Terengganu ini adalah di bahagian tengah mereka apabila Lee Andrew Tuck memainkan peranan mengemudi bahagian tengah dengan baik sekali, dia mempunyai kekuatan fizikal selain teknik individu yang baik serta kreatif dalam merancang serangan yang menunjukan keserasian yang baik dengan Mohd Shahrul Aizad Zulkifli di bahagian tengah kiri. 

Bagaimanapun, Irfan perlu memperkemaskan dan memberi perhatian ketika bertahan secara berpasukan. 

Walaupun berjaya menjaringkan sembilan gol dalam empat perlawanan, namun Terengganu bolos lima gol, seterusnya menggambarkan Terengganu perlu memperbaiki kelemahan ini sekiranya ingin terus memburu kejuaraan dan memberi saingan kepada pasukan Johor Darul Ta'zim.

Untuk memastikan apa yang dirancangkan oleh Irfan ini berjaya, sokongan daripada penyokongg yang konsisten berada di belakang pasukan amat ditagih serta pengurusan sendiri. 

Sekiranya semua ini ada dan keharmonian dalam pasukan dapat dikekalkan, pasti Terengganu merupakan pencabar utama untuk menjulang Liga Super tahun ini.

 

Advertisement

Must Watch Video