Skip to main content

Rencana

Terbang jua Luqman ke Belgium

luqman-hakim.jpg
Ada jaminan, ada keputusan.

Jaminan apa yang membawa keputusan bulat Luqman Hakim Shamsudin untuk meneruskan cita-cita beraksi di liga luar?

Sudah pasti ia melibatkan penampilannya bersama skuad bawah 19 tahun negara di Uzbekistan Oktober depan.




Difahamkan, ejen Luqman, Lionel Foy mendapat persetujuan dan jaminan KV Kortrijk untuk beri pelepasan buat pemain ini kembali ke Malaysia bagi membantu skuad negara di Kejohanan AFC bawah 19 tahun nanti.

Dan jaminan itulah yang membawa keputusan akhir dari anak jati Kelantan ini, yang turut berbelah bahagi pada awalnya, kerana bimbang tidak mendapat pelepasan dari KV Kortrijk.





Selain dari perbincangan di antara pihak Luqman dengan FAS turut menjadi rujukan adalah jurulatih bawah 19 tahun negara, Brad Maloney yang berlangsung minggu lalu.

Seperti yang ditekankan pihak Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) dalam laporan Nadi Arena minggu lalu, jawapan akhir adalah dari Luqman sendiri dan itulah yang membawa kepada pengumuman FAS pada Jumaat.

Selamat maju jaya buat Luqman Hakim Shamsudin.
 

Advertisement

Must Watch Video