Amaran, perkongsian ini adalah sepenuhnya pandangan peribadi saya dan tidak mencerminkan dasar Astro Arena.
Bersedia, Ayuh.
Umum bersetuju, kekecewaan paling besar sukan Malaysia pada 2019 adalah kegagalan skuad bola sepak B-22 negara dalam Sukan SEA Filipina 2019.
Sehingga hari ini masih ramai yang bingung mengapa skuad yang diberi sokongan padu termasuk daripada badan induk bola sepak negara, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), boleh tersingkir seawal peringkat kumpulan di Filipina 2019.
Takkanlah kerana ketiadaan kudrat penggempur sensasi Harimau Malaya, Safawi Rasid, di temasya itu, terus rakan lain jadi kaki bangku.
Musykil memikirkan apabila pemain langsung tidak boleh melaksanakan sistem bekas pengendali Datuk Ong Kim Swee sehingga tumbang di tangan Filipina dan Kemboja.
Lantas, saya melayan beberapa teori di media sosial dan juga daripada bisikan bibir kenalan yang rapat dengan hal bola sepak negara.
Sehinggalah saya bertemu dengan petunjuk pertama:-
http://www.stadiumastro.com/sukan/sukan-sea/artikel/bola-sepak-kim-swee-tidak-mahu-pemain-diganggu/155168
Kim Swee sebelum temasya sudah merayu agar pemainnya tidak diganggu oleh suntingan daripada pasukan Liga Super dan Perdana yang aktif mencari pemain.
Dalam kehangatan tersebut, Kedah mengumumkan bahawa mereka sudah menyambar khidmat Irfan Zakaria dan Jafri Firdaus Chew yang berada dalam skuad Sukan SEA 2019.
Langsung kehadapan dan pasca kegagalan skuad ini, berita bola sepak tempatan dihangatkan dengan isu Jafri dan Kedah.
Asasnya Jafri dilepaskan daripada perancangan Kedah gara-gara kecederaan dialami sewaktu tugasan bersama skuad B-22 negara.
Sekali gus ia membangkitkan saga berbalas kenyataan daripada kem kedua belah pihak terhadap isu ini.
Cuba kalian melayan sejenak teori konspirasi ini, mungkinkah pemain takut untuk pamer kemampuan sebenar dalam Sukan SEA bagi mengelak kecederaan.
Simpan kaki untuk memastikan periuk nasi mereka tidak terjejas untuk melalui musim 2020 bersama pasukan baru atau buat yang berusaha mendapatkan lanjutan kontrak.
Bagi saya itulah mungkin sebab paling munasabah mengapa skuad negara gagal dalam pemburuan ibu segala pingat emas.
Memanglah taktikal dan perancangan jurulatih itu penting di sebalik keserasian kesebelasan pemain dan bangku simpanan yang dipertaruhkan.
Tetapi tidaklah sampai masing-masing tidak kenal antara satu sama lain dan lupa cara bermain bola sepak sebagai satu unit.
Kan...ke tidak?.