Dengan temasya Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 akan membuka tirai kurang dari 20 hari lagi, pasti ramai peminat sukan tanah air teruja mahu melihat aksi dan persembahan atlet-atlet yang mewakili negara Malaysia.
Umum pasti sudah mengetahui bahawa Astro Arena akan menyediakan empat saluran berdefinisi tinggi termasuk saluran istimewa berita Sukan Sea khas buat peminat sukan dwitahunan itu. Saya (penulis) yang turut terlibat secara langsung untuk memberi liputan turut teruja dengan temasya ini apatah lagi kali ini kita adalah pasukan tuan rumah.
Secara peribadi, saya yang pernah terlibat dengan sukan sea terdahulu merasakan liputan Astro Arena untuk Sukan Sea edisi yang ke 29 ini amat menyeluruh dan komprehensif. Bukan sekadar di kaca tv sahaja, peminat turut boleh mendapatkan siaran langsung secara atas talian melalui Astro Go dan saluran Njoi Now.
Berjanji untuk memberikan yang terbaik buat semua penonton, Astro Arena turut menyediakan lagu khas sempena Sukan Sea 2017. Lagu yang bertajuk 'Selangkah Mara' ini terhasil dari kerjasama pihak Astro, Astro Arena dan juga KRU. Sempat saya berduet menyanyikan semula lagi tersebut dengan hos Astro Arena, Burn pada majlis pelancaran Astro Arena sebagai penyiar rasmi tempoh hari.
Sinonim dengan tajuk lagu, Astro Arena turut selangkah mara dalam memberikan maklumat terkini buat kepuasan peminat sukan tanah air.
Jika ditanya apa yang paling mencuri tumpuan saya untuk temasya ini, sudah tentu kerana tidak sabar mahu melihat aksi skuad bola sepak bawah 22 tahun bimbingan Datuk Ong Kim Swee. Penulis amat mengharapkan kita mampu merangkul emas dalam sukan yang dikatakan ibu segala pingat sekaligus mengulangi pencapaian di Sukan Sea 2011 di Indonesia. Cuma sedikit perkara yang merisaukan saya adalah keadaan cuaca di Kuala Lumpur yang kini dikhabarkan berjerebu dan ini akan sedikit sebanyak menjejaskan keadaan dan suasana sewaktu saingan sedang berlangsung.
Dengan YB Khairy Jamaluddin mahu Jalur Gemilang berkibar selaku juara keseluruhan untuk Sukan Sea kali ini, kami di Astro Arena turut sependapat dan mahu menjadi penyiar terbaik dengan kandungan yang berkualiti. Jadi kepada semua, teruskan menyokong kami di Astro Arena!