Skip to main content

Rencana

Taufik Hidayat: Dari badminton ke politik

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

taufik-hidayat.jpg
Ia hari yang biasa di Akademi Badminton Malaysia, para pemain gigih berlatih, jurulatih memantau dengan teliti dan kami wartawan hanya memerhati jika ada perkara yang boleh diwartakan.

Sejak Datuk Misbun Sidek menjadi antara susuk penting di dalam premis ini, lama juga saya tidak berborak dengan Hendrawan, seorang lagi jurulatih perseorangan lelaki negara, yang kian merapati Datuk Lee Chong Wei.

Antara perbualan yang kami bualkan adalah rakan sepasukannya, Taufik Hidayat, antara jaguh dunia yang mempunyai pukulan kilas (back hand) yang tajam.

“Taufik kini menceburi politik sama Ricky ( Subagja), partai demokrat milik Susilo Bambang Yudiyono” ujar Hendrawan sambil menunjukkan gambar terbaru Taufik berbusana lengkap rona biru menerusi laman Instagram.

Kisah bekas atlet menyertai politik bukanlah perkara asing, di Malaysia sendiri senario pernah berlaku, antara yang boleh disingkap lagenda pemain bola sepak negara, Datuk Soh Chin Aun, yang pernah bertanding di Parlimen Kota Melaka ketika mewakili Malaysian Chinese Association (MCA) pada 1986 namun tewas.

Begitu juga Muhammad Radhi Mat Din, tonggak utama skuad Kedah dan Malaysia era 80-an yang bertanding di Pokok Sena dalam Piliharanya Umum ke 14 baru-baru ini bersama Parti Islam Se-Malaysia, walaubagaimanapun turut tewas.

Berbalik kepada Taufik, dia sebenarnya sudah lama mengenali Presiden Parti Demokrat, Susilo Bambang Yudiyono sehingga pernah di anugerah bintang jasa utama atas jasanya mengharumkan nama Indonesia dalam kancah badminton.

Susilo, yang juga bekas Presiden Indonesia kini sedang giat berkempen menjelang Pilihanraya Umum Republik itu April 2019. Antara strategi memikat rakyat direncanakan Susilo adalah merekrut beberapa anggota baru yang merupakan ikon di Indonesia.

Selain Taufik dan Ricky, antara ahli sukan yang turut sertai parti itu adalah atlit tinju Chris Jon dan bekas atlit judo, Krisna Bayu.  

Sukan dan politik adalah satu konteks yang tidak boleh lari. Lazimnya wujud persepsi jika ahli politik menceburi bidang sukan ia bakal berikan implikasi yang kurang enak, namun saya juga tertanya apa pula yang bakal terjadi jika ahli sukan pula ceburi politik?
 

Advertisement

Must Watch Video