Siapa sangka, seorang bekas pegawai bank yang tidak pernah bermain bola sepak secara profesional, kini berjaya membawa pasukan untuk memiliki satu kejuaraan liga.
Maurizio Sarri melengkapkan kejuaraan keduanya minggu lalu selepas pasukan kendaliannya, Juventus muncul juara Scudetto buat kali kesembilan berturut-turut.
Tetapi kisah Sarri ini mungkin boleh dijadikan inspirasi jika anda seorang rakyat biasa yang meminati sukan bola sepak

30 tahun lepas, dia hanyalah seorang pegawai bank di Monte dei Passci di Siena, bank tertua didunia. Selepas habis bekerja, dia akan ke padang bola sepak untuk menjadi jurulatih kelab USD Stia, yang bermain divisyen 8 di Itali. Bayangkan penat kerja di bank, dibawa ke padang untuk melayan karenah pemain bola sepak pula.
Sarri tidak pernah merasai nikmat sebagai pemain bola sepak profesional, namun dia pernah mencuba nasib di Fiorentina & Torino, namun tidak terpilih. Oleh kerana minat yang cukup mendalam, dia nekad berhenti kerja di bank untuk menjadi jurulatih sepenuh masa pada umur 35 tahun walaupun tanpa sebarang pengalaman sebagai pemain pro!
Bagi penulis, itu satu tindakan yang cukup berani kerana dia keluar dari zon selesa tanpa mengetahui apa kesudahan yang akan ditanggungnya. Apatah lagi tanpa sebarang latar belakang bola sepak, sudah pasti ia akan beri persepsi negatif kepada Sarri secara keseluruhan.
Musim 2000/01, Sarri akhirnya berjaya mengecapi kejuaraan pertama dengan Sansovino, membawa kelab itu naik ke saingan Serie D. Kemuncak kerjayanya sudah pasti membawa kelab Empoli menjuarai Serie B pada 2012 sekaligus naik ke saingan liga utama Serie A pada umur 53 tahun.
Ia sekali gus membuka jalan kepada Sarri dan pada 2015, dia dilantik menjadi jurulatih Napoli, kelab yang disokongnya sejak kecil lagi. Cerita dongeng Sarri boleh dinoktahkan dengan kejayaan, namun Sarri gagal mencipta kejayaan di Napoli dengan kejayaan terbesarnya hanyalah muncul naib juara liga kepada Juventus pada 2018.
Dia kemudiannya dilamar Chelsea, kelab pertama diluar Itali dan dengan DNA ‘Sarriball’ dia berjaya memenangi kejuaraan utama pertama di pentas Liga Europa. Penulis masih ingat gambarnya tular di media sosial ketika menatap pingat kemenangan sendirian tatkala pemain lain sibuk meraikan kejayaan di atas pentas. Itulah kepuasan sebenar seorang jurulatih yang bermula dari kampung ke pentas Eropah. Iyelah, kejuaraan pertama dihasilkan di negara orang, cukup manis untuk dikenang apabila bersara!
Tetapi musim ini Sarri kembali ke Itali bersama Juventus, dan pada musim pertama, dia berjaya akhirnya merasai nikmat juara liga Scudetto. Walaupun dikritik secara berterusan oleh pengamal media disana selepas terlepasnya Coppa Italia & Suppercoppa, nyata kerja kerasnya yang bermula dari liga divisyen 8 dilihat cukup berbaloi walaupun menjadi jurulatih paling tua pernah memenagi Serie A.
Penulis sendiri pada mulanya merasakan Sarri tidak sesuai di Turin kerana kejayaan Scudetto dianggap ‘normal’ sama seperti Bayern memenangi Bundesliga. Namun, kejayaannya menggandingkan Ronaldo dengan Paulo Dybala, pemain yang hampir dijual musim lalu sedikit sebanyak merubah persepsi kepada Sarri. Malah kedua-dua pemain ini menyumbang 60% gol Juve musim ni.
“If you guys won under me, then you really must be good,” ungkap Sarri yang memberi kredit penuh kepada pemainnya selepas muncul juara.
Sarri dikenali dengan gelaran Mr 33, kerana menyediakan 33 rutin set piece ketika sesi latihan di Empoli walaupun hanya menggunakan 4 atau 5 sahaja ketika perlawanan sebenar. Sarri juga mempunyai kepercayaan untuk tidak akan memegang bola perlawanan, walaupun pasukannya ketinggalan.
Malah dia juga tidak gemar memakai kemeja lengkap ketika di tepi padang, antara sebab mengapa dia berhenti kerja sebagai pegawai bank dahulu. Tabiat buruknya sudah pasti pada ketagihan kepada rokok, sehingga Chelsea perlu menyediakan tempat khas kepadanya untuk merokok ketika separuh masa!
Tetapi Sarri membuktikan, walaupun anda bukan pemain bola sepak pro, anda masih mampu menjadi jurulatih yang berjaya.