"Kelepapp !!!!"
Sakit bukan kepalang bila lantunan telefon bimbit terlucut dari tangan mengenai tepat batang hidung aku, secara automatik mata aku cerah seketika.
"Padan muka aku, siapa suruh baring sambil buat kerja ?." Aku berdialog sendiri.
Otak yang dah tepu dengan kesibukan di siang hari dengan liputan Sukma Sarawak membuatkan badan aku beri isyarat mandatori, sudah tiba masanya untuk "sign off" (tidur).
Jam tepat menunujukkan 1 pagi, tetapi seakan ada sesuatu yang menghalang aku berehat awal walaupun tugasan keesokan hari (Khamis) bermula awal.
"Aku mahu tulis sesuatu."
Mata aku masih terlayar aksi Khairul melewati garisan penamat dengan penuh bergaya, meleburkan rekod yang dipegang lama oleh bekas raja pecut negara, Watson Nyambek, sejak 18 tahun lalu.
Ibarat "flashback" filem arahan Mamat Khalid, aku tak pernah menang dengan air mata kejayaan seseorang atlet. Tak kiralah. Mana-mana atlet sekalipun. Aku akan tersentuh sama.
Luruhnya air mata gembira dan air mata kecewa di Stadium Sarawak! Dua ekspresi berbeza namun hadir dalam situasi yang sama.
Tiada apa yang mampu digambarkan Khairul ketika garisan penamat yang dilintasinya pada petang Rabu, 27 Julai 2016 melewati pecutan terbaik yang pernah dilakukan rakyat Malaysia bagi jarak 100meter.
Air mata gembira milik Khairul bersama dengan kelakuan tidak keruan atlet kelahiran Melaka itu sudah pasti disulami dengan rasa tidak percaya. " Aku pecah rekod kebangsaan, aku bermimpi?"
Hakikatnya kamu di alam nyata Khairul! Usia 18 tahun, kamu berjaya "beli jiwa" rakyat Malaysia, pahat nama dalam sejarah bahawa Khairul Hafiz pecah rekod Watson Nyambek sejak 18 tahun lalu dengan catatan baru 10.18 saat. Terlalu hebat !
Lain pula air mata Badrul Hisyam Abdul Manap yang sebenarnya meluah rasa kecewa yang meluap-luap.
"Kenapa bukan aku? Aku mesti bangkit semula." kata-kata seorang jagoan tidak susah untuk diduga.
Kekecewaan Badrul turut menggagalkan percubaan kali pertama krew Nadi Arena yang cuba mendapatkan reaksi Badrul di atas kegagalannya menepati ramalan umum dan kejayaan tidak dijangka sahabatnya itu
Badrul menolak dengan hanya gelengan yang membawa maksud "tak mau"
Baik air mata gembira daripada Khairul mahupun air mata duka Badrul, persahabatan erat kedua-dua pelari pecut ini begitu unik sehingga aku berpendapat, mereka sebenarnya saling melengkapi, saling memberi semangat, saling mengingati antara satu sama lain.
Itu resipi kejayaan Khairul. Tidak keterlaluan jika aku katakan ini kejayaan mereka bersama.
Apa yang tinggal untuk Watson Nyambek? Sudah pastinya Watson sudah terlalu letih memegang rekod 10.30saat sejak 18 tahun dulu.
Watson sudah boleh berlapang dada, legasi seterusnya untuk menyambung kesinambungan Malaysia dalam acara kegemaran ramai itu sudah sampai dan hanya perlu digilap sahaja.
Jam menunjukkan jam 2 pagi dan aku fikir tulisan ini sudah boleh dihentikan selepas rasa mengantuk aku tidak boleh ditahan lagi.
Tinggal empat jam sahaja lagi masa untuk aku tidur sebelum menyambung semula tugasan hakiki selagi tirai penutup Sukma Sarawak belum dilabuhkan.
Mana cukup tidur hanya empat jam! Padan muka aku!