Skip to main content

Rencana

"Tahniah Wira-Wira Negara"

130916-a.jpg
3 pingat emas dalam tempoh 24 jam.

Satu pencapaian yang cukup membanggakan, apatah lagi kontinjen Malaysia belum pernah memenangi pingat yang amat dinanti-nantikan itu sejak menyertai kali pertama menyertai temasya Paralimpik 1972 di Heidelberg Jerman.

Malah pencapaian atlit memanah, Hasihin Sanawi pada London 2012 serta Cheok Kon Fatt menerusi acara powerlifting di Barcelona 1992 untuk meraih pingat perak merupakan yang paling terbaik pernah dilakukan.

Namun segalanya berubah pada 11 September 2016 apabila Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi cipta sejarah dengan mengungguli acara 100 meter T36 untuk meraih pingat emas.

Disusuli kejayaan atlit lontar peluru, Muhammad Ziyad Zolkefli bagi kategori F20 meraih emas menerusi catatan 16.84 meter yang juga merupakan rekod dunia bagi acara berkenaan.

Pada keesokan harinya, Abdul Latif Romly melengkapkan hatrik emas buat Malaysia dengan memenangi acara lompat jauh kategori F20.

Malah ia dicapai dengan rekod dunia yang dipecahkan sebanyak tiga kali, dengan catatan 7.60 meter kini gah jadi miliknya.

Tiga kali "Negaraku" berkumandang di Stadium Olimpik Rio dan itu sudah pasti menjadi antara detik paling gemilang dalam sejarah sukan tanah air.

Penulis harapkan kejayaan trio ini akan terus menyemarakkan semangat rakan-rakan mereka dalam kontinjen Paralimpik negara untuk cipta lebih banyak pencapaian luar biasa pada temasya kali ini.

Sekali lagi tahniah kepada mereka dan juga seluruh kontinjen negara kerana anda telah membuktikan semangat Kami Luar Biasa sentiasa tersemat di hati.

Advertisement

Must Watch Video