"Jangan bersorak ketika menang, jika tidak mampu menyokong ketika kalah."
Demikian coretan seorang rakan di laman sosial Facebook yang jelas sekali penyokong setia Selangor. Dalam kekecewaan, masih ada relevan dalam fikiran. Dalam kepedihan, masih mampu menutur kata semangat.
Malah penulis tertarik dengan foto yang dimuat naik bersama. Stadium dijadikan lokasi perkenalan mereka yang sama minat. Walau asalnya jauh beribu batu, hati senang menghulurkan persahabatan. Semuanya kerana semangat kesukanan yang menebal dalam diri.
Sambil tersenyum, penulis meneliti kenangan yang dititipkan kumpulan ini sebelum berlangsungnya perlawanan akhir. Hijau-Kuning, Merah-Kuning. Masing-masing mengenakan persalinan yang mempamerkan jati diri. Namun ia tidak sesekali menghalang mereka untuk duduk bersama.
Apa yang pasti, mereka ini adalah segelintir daripada beribu penyokong Kedah dan Selangor yang harus diberikan pujian. Perjalanan final edisi ke-90 Piala Malaysia bukan sahaja berlangsung sengit dan cukup meriah, tetapi juga bersih daripada sebarang provokasi melampau penyokong kedua-dua pasukan.
Mula bersorak pada tanggal 30 Oktober, pulangnya sudah dikira keesokan hari. Bayangkan tempoh 90 minit yang berlanjutan ke masa tambahan. Dalam kebasahan dek cuaca hujan, terpaksa pula menanti sehingga debaran sepakan penalti berakhir.
Tahniah! tidak kira kamu Lang atau Gergasi. Kamu semua wira sebenar.