Kita telah terbiasa melihat keadaan ini hingga ia sudah menjadi kelaziman. Riuhnya hanya seketika hanya untuk segala-galanya berakhir dalam sesingkat masa.
Safawi Rasid mungkin masih di awang-awangan tapi ia akan memberikan penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT) itu banyak kebaikan untuk sentiasa bermuhasabah diri dan beringat-ingat terhadap siri kegagalan rakan-rakan sepermainan pada masa lalu.
Kejayaannya memenangi anugerah gol terbaik Liga Juara-Juara Asia, Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) untuk dekad ini bukan pencapaian yang boleh diperkecilkan tapi ia juga boleh menjadi titik tolak untuk pelbagai masalah bermula.
Golnya pada minit ke-59 untuk JDT mengurangkan defisit dalam kekalahan 1-2 kepada Shandong Luneng dalam perlawanan Kumpulan E, ACL di Pusat Sukan Olimpik Jinang pada 9 April 2019 itu tertulis ia berkelas dunia.
Kejayaan meraih anugerah itu, seperti diumumkan AFC kelmarin, bermakna keadaannya tidak lagi akan sama buat pemain berusia 23 tahun itu yang gerak-gerinya akan sentiasa diteropong dan tutur-katanya diperhalusi, dengan gandaan kemasyhuran yang dimilikinya kini.

Pada masa yang sama, ia harus memberikan banyak kelegaan buat ramai apabila Safawi dalam mengulas kejayaannya itu mendedikasikannya kepada seluruh rakyat Malaysia yang menyokongnya – satu petanda dia masih seorang yang merendah diri.
Kemudian, pada malam yang sama, dia menjadi penyumbang gol tunggal kemenangan ke atas Terengganu di gelanggang lawan – negeri kelahirannya sendiri – sebagai menyerlahkan hakikat dia masih berpijak di bumi nyata sebagaimana dituntut daripada seorang profesional sejati.
Mudah saja untuk seorang pemain sepertinya berjalan seolah-olah ada spring di tapak kaki dan berasa diri menjadi sanjungan khalayak jika membenarkan dirinya hanyut dan lemas dek pujian dan ucapan tahniah. Tapi dia tidak demikian nampaknya.
Tidak pun berapa lama dulu, lebih tepat pada 10 Januari 2017, peminat bola sepak tanah air dibuai oleh kejayaan Faiz Subri meraih Anugerah Puskas, Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) 2016 di Zurich, Switzerland – satu pencapaian tertinggi yang tiada tolok bandingnya dengan anugerah AFC itu.
Namun, hari ini Faiz sudah menjadi sejarah dengan sepakan percuma ajaibnya seperti dalam perlawanan Pulau Pinang-Pahang pada 16 Februari 2016 itu tidak lagi dapat menjadi tontonan dalam Liga Malaysia.
Lebih awal pada 2013, Nazmi Faiz Mansor turut meraih simpati ramai apabila menamatkan kontrak tiga tahunnya bersama kelab Portugis, SC Beira-Mar, selepas hanya lapan bulan gara-gara pelbagai kesukaran yang dialaminya di negara asal Cristiano Ronaldo itu.
Nazmi Faiz tidak pun meninggalkan sebarang impak dalam tempoh singkat itu disebabkan ‘keasingan’ yang dihadapinya, lantas impiannya sudah pun berakhir sepantas ia bermula.

Kebetulan, Primeira Liga Portugal dilaporkan akan menjadi destinasi Safawi berikutnya bersama kelab Portimonense S.C. – ke-17 daripada 18 pasukan musim lalu -- dan harus ada banyak ‘tips’ yang boleh didapatinya daripada Nazmi Faiz sebagai bekalan persiapan sebelum ke sana.
Faiz Subri dan Nazmi Faiz mungkin tidak begitu bernasib baik tapi pengajaran yang boleh diambil ialah kemasyhuran dan tekanan yang mengiringinya tetap ada ‘harga’ yang perlu dibayar.
Namun, jangan pula disalah anggap saranan-saranan ini.
Kita semua peminat bola sepak Malaysia hanya mengharap dan mendoakan Safawi – pemenang Anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) 2018 dan 2019 – akan berjaya dalam cabaran-cabaran mendatang.
Kerana kejayaan seterusnya bukan hanya akan menjadi kebanggaan dirinya dan keluarga, malah buat Malaysia, kerana dialah yang ketika ini menjadi sandaran terbaik untuk menggalas peranan duta bola sepak Malaysia selepas sekian lama sejak persaraan Zainal Abidin Hassan dan Dollah Salleh.
Untuk berjaya, Safawi perlu melakukan lebih banyak pengorbanan dan menguatkan tekad seperti laluan yang dirintis pemain-pemain Korea dan Jepun di kelab-kelab Eropah yang tidak merelakan rasa keseorangan, kerinduan terhadap kampung halaman dan kesukaran menyesuaikan diri di bumi asing, menggagalkan impian mereka.
Masalah Safawi seperti sedang hangat bercinta yang menyaksikan prestasinya merudum hingga mendapat teguran keras pemilik kelab JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, yang hilang sabar ke atas pemain sayap itu awal Mac lalu, hendaklah dibuang jauh-jauh.
Penting juga untuk Safawi kekal merendah diri dan tidak membiarkan dirinya besar kepala tatkala impiannya baru hendak bermula.