Pada 14 Februari 2017, hari Selasa, saya ditugaskan untuk menemu bual dua orang pemain hoki dari pasukan UiTM-KPT yang ketika ini sedang bersaing dalam Liga Hoki Malaysia Premier.
Eh…“Setahu saya, bukankan pasukan UiTM-KPT ini belum mencatatkan sebarang kemenangan lagi?”
“Rasanya UiTM-KPT ini lah yang bolos sebanyak 63 kali tu, kot?”
Sempat saya berbisik dalam hati. Risau.
Ya lah, tugasan hari ini nak bertanya tentang perkembangan pasukan kepada pemain pertahanan yang juga merupakan kapten pasukan, Razalee Yahya dan Mohammad Alif Mansor, penyerang pasukan.
Nak tanya soalan macam mana, eh? Tak apa, rancangan harus diteruskan! Pandai-pandai lah nak tanya soalan macam mana nanti… Yang penting, hati dan perasaan tetamu studio hari ini perlu dijaga. Niat kita bawa mereka masuk televisyen sebab nak peminat hoki lebih mengenali pasukan UiTM-KPT, bukan sebab nak mengkritik persembahan pasukan!
Senang kata, ‘mind set’ dah awal-awal kata, ketepikan rekod kurang baik pasukan ini – kita tanya soalan positif yang boleh meningkatkan semangat mereka.
“Baiklah, mudah-mudahan Razalee dan Alif ni jenis yang sporting”, harapan ini bermain di dalam fikiran saya ketika mahu memperkenalkan diri kepada mereka.
Masuk sahaja ke studio, sudah kelihatan dua wajah yang tersenyum lebar, tidak sabar mahu bercerita tentang Liga Hoki Premier. Tidak sabar mahu berkongsi tentang kisah pasukan di luar padang. Tidak sabar mahu terus menyeru penyokong untuk sentiasa memberikan sokongan.
Secara jujurnya, cara dua orang pemain UiTM-KPT ini bercakap dan bercerita tentang sukan hoki, tiada langsung aura ‘down’ atau ‘kurang bersemangat’ yang ditampilkan. Sebaliknya, mereka menceritakan tentang pasukan yang mereka wakili dengan penuh rasa bangga.
“Kami pasukan baru. Pengalaman dalam saingan premier pun kurang kalau nak bandingkan dengan pasukan lain. Diberi peluang melihat saingan sebenar sukan hoki ni pun, kami dah cukup bersyukur. Yang penting, pengalaman ini lah yang akan membuat pasukan UiTM-KPT lebih kuat”, ujar Razalee Yahya yang tetap bangga menyarung jersi UiTM-KPT.
“Cara bermain hoki dalam Liga Hoki Malaysia Premier memang berbeza, Dayang. Susah. Kompetitif. Tapi ini lah salah satu platform yang benar-benar menguji kami sebagai pemain. Di sini lah tempat kita nak lahirkan pemain yang layak bergelar pemain kebangsaan nanti. Mana tahu? Ada pemain UiTM-KPT suatu hari nanti boleh jadi macam Datuk Mirnawan Nawawi.”, tambah Alif Mansor pula.
Hmmm. Rasa macam membazir pula gementar nak bersembang dengan dua orang ni. Saya yang nervous tidak tentu pasal.
“Rezeki UiTM-KPT kali ini mudah-mudahan dalam kelompok enam pasukan teratas. Bukan tugasan yang mudah, tapi jangan risau. Pasukan kami belum lagi menyerah kalah”, kata Razalee, masih lagi tersenyum.
Berjumpa atlit ketika keadaan pasukan kurang memberangsangkan, terus positif hendak maju ke hadapan, bukan lah cerita baharu. Zaman gelap David Moyes dulu pun pemain Manchester United kekal setia di belakang lencana Red Devils, berkata mereka akan terus berusaha. Kononnya lah. (Kita boleh rasa ketidak ikhlasan sesetengah pemain yang berkata sebegitu.)
Berbeza dengan dua orang wakil UiTM-KPT ini. Kita boleh rasa kejujuran mereka.
Dan harap-harap, menjadi realiti lah target mereka untuk menduduki tangga enam teratas.