MEMBELEK ruangan sukan sesetengah akhbar berhubung pemilihan presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) memberi gambaran lobi-melobi sedang giat dijalankan.
Ini adalah perkembangan yang tidak sihat.
Bukanlah rahsia sejak Tengku Mahaleel Tengku Ariff mendedahkan bahawa ada perjanjian awal untuk Datuk Seri Norza Zakaria mengambil alih teraju BAM, kempen dalam media untuk menaikkan tokoh tertentu sudah bermula.
Pendedahan bahawa adanya perjanjian awal itu menimbulkan sedikit rasa curiga dalam benak penulis.
Pertama, kenapa perjanjian awal itu tidak didedahkan kepada umum apabila Tengku Mahaleel mengambil cuti rehat pada Oktober 2015? Kenapa surat itu bertarikh 15 Februari, 2017, sedangkan perjanjian dibuat awal?
Kedua, jika benar perjanjian itu dibuat, bila, di mana dan siapakah saksinya?
Dalam surat itu, Tengku Mahaleel menyebut bahawa Norza yang membawa beliau masuk BAM dan perjanjian di antara dua lelaki budiman itu menyebut bahawa Tengku Mahaleel menjadi presiden untuk satu penggal sebelum menyerah baton kepada Norza.
Ringkasnya, inilah masanya untuk membalas budi.
Bagaimana pula kedudukan pemangku presiden BAM, Tan Sri Mohamed Al Amin Abdul Majid?
Bagi penulis, sebarang bentuk penyerahan kuasa membabitkan dua atau tiga individu tanpa melalui satu proses pemilihan yang telus, jelas sesuatu yang tidak sihat, seolah-olah persatuan itu milik kelompok kecil yang menentukan hala tuju organisasi.
Bukankah lebih wajar jika proses pemilihan diadakan dengan mengikut prosedur dan perlembangaan sedia ada?
Calon presiden yang menang harus disokong untuk meneruskan usaha mencari pengganti Datuk Lee Chong Wei, manakala yang kalah tidak seharusnya diketepikan terus dan barangkali boleh cuba lagi di masa akan datang.
Bagi penulis, kemelut ini harus diselesaikan sama ada di meja rundingan atau lebih wajar, bulu tangkis diserahkan semula kepada semua ahli gabungan BAM.
Lagipun pertembungan dua tokoh dalam dunia sukan tempatan bukanlah perkara asing.
Almarhum Sultan Azlan Shah, misalnya, tewas kepada Tan Sri Hamzah Abu Samah dalam pemilihan presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) pada 1984. Hamzah (Allahyarham) sekali lagi mempertahankan kerusinya apabila mengetepikan Tun Hamid Omar pada 1986.
Dalam Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menewaskan Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk kerusi presiden pada 2014.
Dalam Persekutuan Kebangsaan Lumba Basikal Malaysia (PKLBM) kini Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), penyandang jawatan Tan Sri Elyas Omar tewas kepada Datuk Darshan Singh (kini Tan Sri) yang mencetus satu krisis kepimpinan pada 1988.
Norza yang dipilih sebagai Timbalan Presiden II BAM pada mesyuarat agung pemilihan badan induk itu pada 2013, menggalas tanggungjawab selaku orang No. 2 dalam BAM selepas Al Amin dilantik sebagai pemangku presiden pada Oktober 2015 apabila Tengku Mahaleel menyerah tugas atas masalah kesihatan.
Tidak dinafikan Norza terbukti seorang pemimpin dinamik, seperti yang tergambar apabila beliau menjadi ketua kontinjen ke Sukan SEA di Singapura pada 2015 selain rapat dengan pemain yang bernaung di bawah BAM.
Al-Amin pula memimpin kontinjen negara mencatat prestasi terbaik dalam sejarah penyertaan Malaysia ke Sukan Olimpik apabila pulang dari Rio de Janeiro 2016 dengan kutipan empat perak dan satu gangsa daripada tiga sukan berbeza. Pernah menjawat tugas setiausaha kehormat BAM dan seterusnya naib presiden persatuan itu, Al-Amin sudah lebih dua dekad menyumbang bakti.
Bagaimanapun Norza yang juga Bendahari FAM (setakat artikel ini ditulis) dan Pengerusi Institut Sukan Negara (ISN) nampaknya mendapat sokongan rakan-rakan dalam MOM, termasuk penolong setiausaha, Datuk Sieh Kok Chi.
Norza juga dilihat sebagai calon untuk mengambil alih kerusi presiden MOM apabila Tunku Imran Tuanku Ja’afar melepaskan jawatan pada pertengahan tahun depan. Senario ini harus menimbulkan percanggahan kepentingan dan melanggar etika.
Apakah wajar Norza memegang tampuk selaku teraju MOM dan BAM sekali gus kelak, sehebat mana sekalipun beliau, sedangkan Tan Sri M. Jegathesan tidak memegang sebarang jawatan di peringkat ahli gabungan ketika menjadi Timbalan Presiden MOM?
Bagi menangkis persepsi ada segelintir pemimpin yang terlalu gelojoh memburu jawatan, wajarlah sekiranya perwakilan BAM diberi peluang menentukan siapa bakal mengisi kerusi yang pernah diisi tokoh sejati seperti Tan Sri Khir Johari, Tan Sri Elyas Omar dan Tan Sri Mohd Nadzmi Salleh.
Ends