Bersempena dengan temasya dan kemeriahan Piala Dunia Russia 2018 ini, Intan tidak ketinggalan untuk berkongsi dengan rakan-rakan yang juga penyokong tegar bola sepak.
Pada perlawanan peringkat kumpulan tempoh hari, Intan hanya menonton di rumah dan kebanyakannya menonton siaran ulangan kerana tidak mampu untuk berjaga ke awal pagi. Faktor umur barang kali!
Tetapi, apabila melihat jadual peringkat kalah mati dimulakan dengan pertembungan pasukan Argentina dan Perancis, terdetik dalam hati alangkah baiknya kalau dapat menonton perlawanan ini beramai-ramai di luar?
Terus Intan mewar-warkan pada kenalan yang berminat untuk menonton bersama-sama. Atas beberapa cadangan, akhirnya Intan memilih The Podium sebuah restoran makan yang mempunyai skrin besar sesuai untuk menonton beramai-ramai.
Tambahan pula, kedai ini memang menyiarkan program-program sukan bukan sahaja bola sepak malah termasuk sukan permotoran dan sebagainya.
Atas nama semangat kesukanan, ramai yang berminat untuk bersama meraikan malam ini sehingga terpaksa mencatu kehadiran. Namun segalanya berjalan lancar dan masing-masing ‘enjoy’ perlawanan malam Argentina menentang Perancis yang menyaksikan tujuh biji gol masuk ke gawang masing-masing. Perancis menang 4-3! Ya pasukan kegemaran Intan. Tak sia-sia cari jersi ‘last minute’.
Bila menyaksikan raut wajah masing-masing, membuatkan Intan terfikir bagaimana bolasepak telah menyatukan ramai manusia. Berfikir ke depan lagi, bila menyaksikan Piala Dunia itu sendiri, 32 negara dari pelbagai benua, bermain satu sukan di bawah satu peraturan yang sama! Masing-masing telah akur akan cara pengadilan, corak permainan, bagaimana satu sukan ini menjadi sungguh besar pengaruhnya! Siapa ‘dalangnya’?
Itu dari satu segi, dari sisi penontonnya pula yang memenuhi stadium-stadium sampailah ke “The Podium”. Semua bersatu dan bersorak akan aksi sukan bolasepak ini.
Jadi gembira ke tidak?Mestilah gembira untuk malam yang Intan gelar Woot Woot Bola INS iaitu nama program Intan di Astro Arena. Ibarat cukup garam, cukup rasa. Semua sedang-sedang sahaja. Terima kasih semua yang terlibat. Ada rezeki InsyaAllah kita berjumpa.